Saturday, January 21, 2012

Kahwin Muda? .. Aku?








Assalamualaikum kawan-kawan. Memula sekali aku nak bersyukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T - Alhamdulillah, semuanya kembali normal. Dugaan yang dulu nya sangat lah tinggi, akhirnya berjaya juga aku tempuhi.


Betul apa orang cakap; mula-mula Allah bagi kita hujan, petir dan kilat. Kemudiannya baru Allah bagi kita pelangi. Alhamdulillah :')
Ehm, regarding about the thoughts of me deleting my blog (including my Facebook), ramai jugak yang mendesak aku supaya jangan delete.


Diorang cakap kebanyakan apa yang aku tulis, ada kena mengena dengan hidup diorang. Maybe kebetulan la kan. Aku ni, kalau ada idea aku tulis je. Walaupun topic tu kadang-kadang takde kena mengena dengan hidup aku sendiri. Well, sharing some thoughts bukannya benda teruk kan? :)


Lately ni kaaannn, aku pelik betul. Ramai pulak yang ajukan soalan yang sama dekat aku.

People : Ieeko/Cikunnn, bila nak kawen? Tak sabar nak tengok! Jemput I eh, jangan lupa :)
People : Eh you dah bertunang kan? Bila nak kawen?
People : Bila nak bina masjid ni?
Aku : Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaa *nganga mulut je.*


Bila masa aku bertunang ni? Tu photoshoot je woiii T____T

Aduh, soalan panas bertubi-tubi di ajukan kepada aku. Ehem, guane nak kawen bila boifren pun tadak? Oh Mr.X-Man? He's not my boyfriend - he's not even mine. Tapi kitorang berdoa yang masing-masing ialah jodoh kitorang, Insyaallah.


So secara tak lansung, aku masih lagi menyingle (ada ayat macam ni?), but I'm not available. Sama la dengan Mr.X-man jugak. Hokhokhok hikhokhikhok -- hodoh bebeno gelak macam ni.



Aku sebenarnya malas nak bercouple-couple ni. Cukup la zaman dedulu tu; to be honest, aku ada 3 ex je pun. Tu pun masa tu aku tak serious mana pun, main-main je lebih. Alhamdulillah, the past has taught me that couple-couple ni buang masa je. Baik kita single je, then terus kawen. Kan lagi best tu? Couple lagi pun tak elok kan di sisi Islam :)


Cakap pasal kawen ni, aku sebenarnya tak rasa macam nak kawen awal pun. Tapi bila aku terbaca satu Hadith ni;



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Terus tergerak hati aku untuk mula berfikir tentang kawen-kawen semua ni. Kalau-kalau lah kan ada yang rasa-rasa aku ni pilihan yang paling tepat and ada niat nak ajak aku kawen *berangan* Hikhik. Jujur lah aku kata, ada la jugak yang pernah meluahkan hasrat mereka untuk berbini kan aku, tapi tapi .. tapi .. emmm aku punya pintu hati tak terbukak untuk mereka semua tu.


Alhamdulillah, semua yang datang, semuanya baik-baik belaka. Tapi Allah Maha Bijaksana kan? DIA dah tentukan segala-galanya. Aku 'mungkin' bukan untuk mereka. Mungkin ada yang lebih baik dari bakal jodoh aku sendiri - mungkin. Tapi Allah Maha Adil. Mungkin bakal jodoh aku tak sebaik mereka, tapi dia boleh mengubah aku untuk menjadi yang lebih baik - Insyaallah :)


Kenapa bila orang kawen muda semua cakap mereka tu tergopoh-gopoh? Ataupun 'gatal' nak kawen muda? Perkahwinan adalah benda yang paling indah yang boleh kita kecapi dalam dunia ni. Bila kita kawen, kita membina masjid dan syaitan-syaitan semuanya bersedih kerana mereka tak dapat nak menghasut kita untuk melakukan zina ataupun perkara-perkara yang dimurka oleh Allah. So dulik apa? Dah jumpa, kawen terus.


Mungkin jodoh aku belum tiba. Insyaallah, kalau dah tiba masanya, aku akan berkahwin lah dengan lelaki pilihan aku - yang semestinya bersifatkan seorang pemimpin, yang boleh membimbing aku ke arah yang baik, ke arah Syurga-Nya, dan yang boleh menjadikan aku seorang isteri dan ibu yang solehah - Insyaallah - Amin amin amin!

Soooooo, kawan-kawan yang prihatin yang kerap bertanya bila aku nak kawen, belum tiba masanya lagi untuk aku membina masjid bersama seorang lelaki. Aku pun taktahu bila. Kot-kot tetiba bulan depan aku kawen, aku pun tak tahu kan? Aku serahkan semuanya pada Allah. Kalau jodoh dah dekat, Alhamdulillah. Kalau jauh lagi, kita tunggu je la ye :D


Aku berdoa sangat yang aku boleh jadi seperti Siti Khadijah yang tak pernah dimadukan oleh Rasulullah S.A.W.

Oh Ya Allah, temukan lah aku dengan seorang lelaki yang ada ciri-ciri seorang suami yang soleh yang boleh membimbing aku dan juga yang akan menjaga aku sehingga nafas terakhirnya. Amin.


Aku tahu aku dah 'jumpa', cuma aku harapkan apa yang aku rasakan ni memang benar.





Me : I rasa I akan mintak satu je kot hantaran nanti. Satu berbalas sembilan.

X : Serious? Senang hidup I macam tu haha. You nak apa?

Me : Audi Q7 *senyum selebar yang mungkin*

X : Emmpph, macam tu umur 40 la baru kawen.


Aku : *Muka sememeh*

Fuuuuu! Audi sumpah seksi! Arghhhhhhh I want that car. I want I want I wanttttttttt! Kalau aku tengah bawak kete, mata aku pantas je bila nampak kereta idaman aku tu. Hmph.

#Kepada yang dah kawen tu, cuba lah kekalkan perkahwinan anda tu. Cerai berai ni benda yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Bersyukur lah anda sudah jumpa dengan pasangan hidup anda. Cuba lah jaga hubungan tu sampai ke Syurga :')



* Mama, Cikinnnnnn lambat lagi kawen. Sabauuu yewwww. Umur 40 hikhikhik :D

2 Heart(s) Screaming.:

Gua said...

Amin, moga jodoh kita dipermudahkan Allah :)

Ieeko. said...

@Gua

Amin :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space