Sunday, October 23, 2011

Manusia Memang Tak Pernah Puas.






Everyone, meet Fathy :)




Assalamualaikum semua :)


Selamat hari ahad! Pagi ni aku bangun dari tidur taktau asal macam blur jeee. Pandang kakak aku pun muka aku high je. Apehal entah. Padahal semalam tidur awal. Rasa macam nak tarik selimut sekarang and continue tidur balik je weh. zZzzzzz ~


Kejap lagi aku nak keluar dating. Tapi sebelum keluar, aku nak berceloteh sikit kat blog aku yang dah berapa hari sunyi sepi je ni. Macam tak bernyawa je blog aku ni kan. Sorry lah ye rakan-rakan. Busy sikit la few days ni.


Alhamdulillah, sebelum tu aku nak berterima kasih kepada Allah S.W.T sebab bagi aku lagi peluang untuk bernafas harini dan untuk mengumpul amalan sebanyak yang mungkin sebelum nyawa aku di tarik. Insyaallah.



Haaaaaa! Manusia memang tak pernah puas, kan? Selalu ada je yang dia tak puas hati. Tak kesah la pasal manusia ke, hati dan perasaan ke, kekayaan ke, makanan ke, semua lah. Manusia memang tak pernah puas. Kenapa ye? Pernah tak terfikir? Aku bukan bercakap tentang orang lain sahaja. Tapi aku pun bercakap tentang diri aku sendiri. Kadang-kadang tu benda baik dah kat depan mata, kita nak yang jauh lebih baik kan?



Aku : Asal la dia tamak eh? Dah cukup baik lah kan dapat macam tu.

X : Biasalah, manusia kan tak pernah puas :)



Terdiam terus aku lepas aku dengar statement tu. Aih, betul la kan? Manusia memang tak reti bersyukur. Ada je yang dia tak puas. Kadang-kadang tu pernah tak kita terfikir, apa yang kita ada sekarang kat dalam hidup kita, benda-benda yang orang lain nak dalam hidup mereka? Ada manusia yang jauh lebih merana dan derita dari kita, tapi tu pun kita tak boleh nak bersyukur dengan apa yang kita ada.


Kalau yang dah berpasangan tu, dah cukup baik lah korang dapat orang yang baik, setia dan mendengar kata. Tapi ada sesetengah orang yang tak puas, dah dapat macam tu pun diorang masih lagi mencari yang lain. Aku pun tak pasti kenapa. Bila aku tanya kat diorang, diorang pun tak dapat nak bagi jawapan yang pasti. Memang lah, mesti la ada cacat cela nya dekat semua orang, tapi kalau betul sayang, mesti korang semua tak kesah kan?


Kalau tak happy, tinggalkan aje. Tak perlu nak curang. Kalau dah dapat yang baik pun tak puas lagi, dapat yang jahat macam mana pulak? Tak terkontang-kanting nak kena jaga? Hargailah orang yang korang ada dalam hidup ni. Tak semestinya entri ini untuk orang-orang yang dah berpasangan. Aku cakap secara general. Hargai lah mak ayah kita, kakak kita, kucing kita, semua lah. Kadang-kadang dah ada kucing bulu biasa yang baik, manja, kita nak jugak cari kucing yang bulu lebat. Kenapa?


Faham kan apa yang aku cuba sampaikan? Ini topic general. Bukan antara manusia dan manusia. Aku bercakap secara terbuka. Ada orang dah dapat kereta BMW, tu pun tak cukup lagi, diorang tak puas. Diorang nak kereta lagi mahal, contohnya seperti kereta AUDI (Damn, my fav car *wink). Buat apa la kan nak mengejar benda yang kita suka? Macam entri aku yang ni : Kehendak Ataupun Keperluan? Pernah Terfikir? - kalau nak beli kereta Audi tu, itu kehendak ataupun keperluan?


Kadang-kadang tu dah dapat awek stok boleh bawak bini, baik orangnya, berbudi bahasa, tapi slacknya dia tak reti pakai lawa-lawa. Asek pakai t-shirt, jeans. Tak pakai make up. Tak reti lsg nak berfashion. Ditinggalkan. Sebab? Dah jumpa perempuan yang lawa, pandai berfashion, body mantap. Rambut lawa je bila ditiup angin. Tapi kurang ajar, arrogant, berlagak, tak reti nak cakap elok-elok. Tapi benda tu semua ditolak tepi. Sebab? Sebab lelaki tu nak luaran perempuan tu dipandang oleh ramai orang. So that dia boleh rasa bangga.


Yang perempuan pulak, dah dapat lelaki yang ada sikap sebagai seorang pemimpin, yang boleh dijadikan calon suami, sopan orangnya, tapi tak reti bercinta, ganas, tak pandai bagi ayat-ayat manis, tak reti nak tunjuk kasih sayang. Ditinggalkan. Sebab dah jumpa lelaki yang bibirnya penuh dengan gula, selalu tunjukkan kasih sayang dia walaupun di depan orang ramai, caring, tapi takde sikap sebagai seorang pemimpin, suka berparty, bebas bersosial. Tapi tu semua tak payah amek port la kan? Sebab lelaki tu sweet and caring, so tak kesah sangat. Cehhh. Get my point?



Tu lah aku kata, benda tu kadang-kadang kita memang dah dapat. Memang dalam genggaman. Tapi kita ni tak pernah nya puas. Asek nak yang lebih bagus dari yang bagus. Tapi pernah tak terfikir, bagus sangat ke kita ni yang nak benda yang lebih bagus dari yang bagus tu?


Haih, pernah tak korang duduk kejap and fikir balik semua benda-benda yang korang pernah ada, yang cukup baik untuk korang tapi benda tu sekarang dah takde sebab salah korang sendiri lepaskan benda tu? And pernah tak terfikir kat luar sana tu, ramai lagi manusia yang mengidam-idam kan kehidupan yang korang miliki sekarang ni?


Hidup ni biarlah bersahaja. Kalau dah dapat yang baik tu, jaga la elok-elok. Allah tak suka hambanya bersikap hidung tinggi dan tamak. Sebab orang yang tamak selalu rugi. Hargai lah benda yang korang ada dalam hidup ni. Sebab ingatlah, kalau Allah S.W.T nak tarik balik segalanya, dengan sekelip mata sahaja Dia boleh lakukan.


Hargai lah. Dan sayangilah orang yang ada dalam hidup korang ni :)







Yes, video ini dah lama dah.
Aku saje nak post balik semula.
So that ada manusia kat luar sana boleh tersedar balik sebelum terlambat :)

P/s : Sila tutup lagu blog aku dulu sebelum tengok video ni.
Baru feel :P







* Kadang-kadang tu kita diuji dengan kejahatan dan mata kita dikaburi dengan kebaikkan seseorang itu kerana Allah S.W.T ingin menguji kita sejauh mana kita boleh bersabar dan menyayangi seseorang itu dengan ikhlas. Selepas kita diuji dan kita berjaya, barulah Allah menghadiahkan kita dengan seribu satu kebaikkan dari orang tersebut. Insyaallah. :)



0 Heart(s) Screaming.:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space