Friday, February 10, 2012

Kes Rindu Melampau.







I miss you so freaking bad.



Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabaaaaaar? Sehaaaat? Alhamdulillah, aku pun sehat jugak. Cuma letih la dengan kerja lately ni. Keluar rumah nampak sunrise, balik rumah nampak sunset. Bila entah aku nak nampak matahari terpacak kat atas langit tuuu pulak. Dulu kemain tak suka, sekarang kemain rindu. Iskk.


So seperti yang tertera besar-besar kat tajuk atas tu, beberapa hari yang lepas aku mempunyai satu masalah yang tersangat lah besar. Nak kata lagi besar dari belon, besar lagi dari peti ais. Masalah yang aku hadapi ialah, masalah RINDU yang sangat lah melampau.


Taktahu la kenapa kan, tiba-tiba la pulak rasa macam; rinduuuuuuuu, rinduuuu serinduuuuu rindunyaaaaaa (Sila nyanyi, lagu top tu hokeyyy). Aku pun pelik jugak la asal aku tiba-tiba dapat angin 'rindu' yang melampau-lampau tu. Nak bagitau kat siapa pun taktau. Nak msg Mr.X-Man, aish macam pelik pulokkks.


Last-last aku tweet aje;







Adakah pelik? Tidak bukaaaan? Sumpaaaaaahhh aku memang rindu gila gila nak kena cakar dengan kucing. Tangan, serta kaki aku dah nak setahun begitu molek tanpa ada sebarang calar atau kesan cakaran. Tetibe terasa sangat lah mulus kulit aku ni. Hiks :D


Aku tersangat lah rindu nak ada kucing. Haritu dah tanya Encik Nofal, tapi dia tanak bela. Omaiiii, I can die lah like this. Told Mr.X-Man about this, he said nanti dia buat kerja gila and buy me a kitten :"> Alolololo. Tak sabar rasanya nak tunggu dia buat kerja gila dia tu.


Lepas je aku tweeted aku rindu kena cakar dengan kucing, zasssssss panjang terus cakaran di tangan aku dari seekor kucing yang tersangatlah gemok yang bernama 'gemok'. Actually nama dia lain, aku main tibai je panggil dia gemok. Kerana mengikut pandangan mata aku yang tersangat lah hebakkk ni, fizikal kucing ini memang lah gemok.


Kerana terpegang spot sensitif kucing itu iaitu perot yang buncit, makanya aku dicakar oleh dia. Okay, hilang terus rindu. Wuwuwuwuuu thanks gemok! Lain kali sila lah cakar lagi. Cakar la kaki, lutut, pipi, mata semuaa lahhhhh! Biar badan aku penuh dengan 'cop' kau yeee. Muahmuahhh.








Ehek ehek ehekkkk. Ni aku taktau ape pasaiiii tiba-tiba aku boleh rindu bau taik lembu. Korang pernah tak mengalami apa yang aku alami ni? Pernah? Wohoooo ada geng! Jom main sep atas sep bawah :D


Dah dua kali dah aku rindu nak bau taik lembu kat kampung aku tu ha. Dulu time aku form 4 kot. Time tu balik terus tawww kampung uolsssss. Pastu hirupppp udara yang tak berapa nak segar tu sedalam yang mungkin. Pastu tahan nafas selama 2 jam, dan lepaskan nafas bila aku dah sampai Kl. Ahak ahak. So sweet lah youuu cikunnnn ~


Hmm. Actually aku pun pelik, asal la aku boleh rindu. Memang tak dinafikan, kat KL ni kalau korang kata ada lembu, memang la ada. Tapi susah nak cari. Dan bau taik lembu KL dengan taik lembu kampung aku tu tersangat lah lain (dah macam pakar taik lembu dah haa). Makanya lembu-lembu di KL ini tidak dapat memuaskan perasaan rindu aku ini untuk membau taik lembu di kampung aku.


Ohh cowwww, I missss youuuuuu. Ada sesiapa nak bawak aku jumpa lembu kampung aku tak? *kelip-kelip mata*




Alololo, cikum winduuuuu tahun lepas lahhh. Sobs.


Yes memang aku tersangat lah rindu tahun lepas. Last year was .. sweet and fun. And I felt safe and secured almost all the time. Unlike now, I feel insecure all the time. And I had no one to make me feel secured and safe :(


I missed it so bad sampai aku hapdet status kat FB haaa cakap aku rindu tahun lepas. Tersangat-sangat rindu please. I know I can't turn back time, but If only I could, I would turn back the time back and keep on repeating those moments that I can't seem to forget.


Everything was so smooth and .. I felt loved. And I felt needed. Aih. Boleh tak haaaaa nak putarkan balik masa ni? Aku nak putar tahun terus. I want 2011! I freaking want 2011 back! Pleaseeeeeeeeeeeeee!


Rinduuuuuunyaaaaaaaaaa! :'(


Okay la (sambil lap hingus) - Ini aje untuk hari ini. Semoga anda semua setia menunggu entri-entri bangang dari saya selepas ini. Ihiks :D


Sekiaaaaannnnnnnnnnnnn. Assalamualaikum :)




* Lepasni nak rindu apa pulak eh? Rindu R* boleh? Renomm renomm renommm whoooopppp! :)


Sunday, February 5, 2012

Nothing Could Really Change Your Fate Except For Doa.





It’s scary how one person can suddenly make you happier than you’ve ever been.




Whenever I am upset, I shut down. I feel like I should be crying or screaming or something but I can't because I'm turned off. I go silent and don't talk very much. I just sit in my room; and think. And think. And think. Wanted to text my bestfriends, or maybe him; but I know no one really cares.


I am an overthinker. I hate it. I make a big deal out of the most simplest things. Create problems within my own head. Get all worked up over nothing. I wish I could just stop overthinking things; its only making things worse than it actually is. I need to learn how to stop overthinking the littlest things. But I just don't know how.


And there's only one thing that I can do; pray to Allah. And ask for His help.


Ya Allah, please guide me to let things go just because I know You know what's best for me. Please guide me to stop feeling insecure of losing people that I love. I know everyone will die, one day. So please guide me to love less all things in this world and start learning to love You more than I ever do now. Please make me stronger than I am now.


Ya Allah, I always wish that I will meet someone who could make me feel happy without even trying. And I am thankful for that You sent me him. But I know nothing lasts forever except for Your love for me. So please guide me to stop over-thinking about everything in this world.


Ya Allah, with no doubt - You have seen the worse side of me. And I am regret for whatever I've done in my past nor present. I am thankful for everything that You gave me - pain, tears, laugh, smile, heartache, joy etc. I learnt a lot from those things. And I know, You know best.


Ya Allah, I always pray that this friendship between me and him ends with both of us marrying each other. But like the Quran says - "But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.” [Quran 2:216].


I know that I can't hope too much. But I wont stop praying. I know Doa is the only thing that I can do to make it happen. Insyaallah.


Ya Allah I leave everything up to You. While I may know what I want, only You know what I need. You know what’s best for me and I trust that. So Ya Allah, I ask You to grant me what’s best for me and keep away that which will not benefit me.


Ya Allah, give me eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith. No matter what happens, give me the heart that is willing to obey You whatever the cost may be.


Amin amin ya rabbal alamin.



" Shikin, just for once, be kind to your heart and stop worrying about the things which is out of your control. Let Allah handle them. Stop feeling insecure. Pray Shikin, it works. All the time. Allah is the best listener :') #Subhan' Allah."



" ... There's nobody like him anywhere at all. They could be better, but not exactly like him.. " - I whispered.



Assalamualaikum and Salam Maulidur Rasul friends - Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala aali Sayyidina Muhammad.




* Perfect your relationship with Allah, before you try looking for the perfect relationship with someone else :')

Friday, February 3, 2012

(AURAT) - Wahai Kaum Hawa; Kalau Betul Sayang.






That hijab, so neatly assembled on a Muslimah's head, has a thousand times more beauty than a crown on a Queen's head.




Assalamualaikum kawan-kawan :)


Salam jumaat. Sebelum aku start membebel, aku nak mintak jasa korang semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada jiran aku yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Dia merupakan suami kepada jiran aku. Orangnya pendiam dan baik akhlaknya. Semoga dia dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah *tadah tangan baca doa*


Okay, hari ni aku nak berceloteh tentang aurat seorang wanita. Tak dinafikan, memang ramai sekarang kaum hawa yang berjinak-jinak memakai tudung. Alhamdulillah. Dan tak lebih kurangnya jugak perempuan yang tidak menutup aurat. Aku bukan nak kondem orang yang tak tutup aurat okay? Aku cuma sekadar mengingati sesama kita.


Kebanyakan wanita-wanita di dunia ni selalu memberi alasan yang mereka tidak mahu memakai tudung kerana paksaan mahupun kerana orang. Tapi mereka mahu memakai tudung kerana Allah. Tapi sedikit sebanyak itu, tahu tak yang kalau korang pakai tudung kerana orang mahupun paksaan, ia 50 kali lebih elok dari tidak menutup aurat lsg?


Walaupun dipaksa untuk memakai tudung, sekurang-kurangnya paksaan itu atas desakan untuk mematuhi arahan Allah S.W.T - Tiada wanita yang memakai tudung dipandang hina oleh masyarat kecuali si pemakai tudung itu boleh memalukan Islam di mata orang-orang. Seperti memakai tudung tapi memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk tali bra/coli, memakai tudung tetapi berlengan pendek, memakai baju tapi memakai seluar senteng sehingga betis.


Banyak kelebihan orang yang menutup aurat ni. Dan juga banyak kelebihan menjadi seorang wanita. Wanita adalah salah satu benda paling ajaib di dalam dunia ini seperti mana yang aku pernah dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dan tak dinafikan, wanita memang senang untuk masuk ke Syurga, tapi wanita jugak lah kaum yang selalu lalai dan mengambil mudah akan segala benda yang diwajibkan ke atas dirinya.


Seperti aku, aku memang suka pakai t-shirt je. Sebab ringkas. Dan aku sejujur-jujurnya, aku memang tak reti berfashion weeeeeehh. Tak tipuuuuuuu takkkk tipuuuuuuuuu! Sejak dua menjak ni je la yang aku mula nak berfashion-fashion tapi selalunya failed! Haha :) So since aku jenis yang simple, aku suka pakai t-shirt lengan pendek.


But, untuk orang-orang yang selalu baca blog aku, korang mesti dah tau yang I'm a cardi lover, right? So yes, aku selalu pakai cardigan bila aku pakai t-shirt lengan pendek. Sebab untuk aku, orang-orang yang pakai lengan pendek tapi pakai tudung, serupa pakai seluar pendek je.


Chop! Before this aku selalu gak la pakai lengan pendek and tudung pastu keluar. Perghhhhh, sekarang ni bila aku kenang balik, tepuk dahi, goyol-goyol dahi sikit sambil berkata - apekebodohnyaaaaa kau ni Cikinnnn. Tapi takpe, at least aku dah belajar dari kesilapan kan? And yes, aku suggest kan kepada yang suka pakai t-shirt je, sila la beli cardigan. Sekarang ni cardigan semuanya lawa-lawa. Ada satu tu aku berkenan lah sangat kat cotton on. Arghhhh.


So berbalik kepada isu aurat. Menutup aurat bukan lah hanya semata-mata memakai tudung aje. Menutup aurat banyak cabangnya. Salah satu nya, of course lah bertudung. Tapi kalau pakai baby-t, leggings, and tudung - adakah ini dianggap sebagai menutup aurat? Tidak bukan? :) Tapi ini lah yang sering aku nampak remaja-remaja sekarang lakukan. Tshirt punya lah ketat, tidak bercardigan, seluar pakai leggings aje.


X : Leggings tu bukannya seluar.

Me : Hah? Bukan seluar? Maksud you?

X : Leggings tu dia melekat kat kaki. Itu membalut aurat, bukan menutup aurat.


Betul sekali apa yang Mr.X-man cakapkan tu. Islam menyuruh kaum hawa menutup aurat, bukan membalut aurat. Lepas aje aku kena sound tepek dengan Mr.X-man, terus aku dah tak pakai legging aku -.- Boleh dikatakan purata wanita zaman sekarang mempunyai leggings lebih kurang 80%. Aku salah sorangnya lah yang pernah pakai satu ketika dahulu. Tapi aku pakai legging dengan baju yang labuh lah.





I want to get to a point in my life where I am pleased because I know Allah is pleased with all that I’m doing.




Haram bagi seorang wanita itu meletakkan gambar nya di mana-mana web dengan niat supaya orang jatuh hati kepada nya - lagi aku petik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Sekarang ni kalau kita semua tengok, perempuan-perempuan tidak ada rasa segan silu untuk meletakkan gambar 'mendedah aurat' mereka untuk dijadikan tontonan orang ramai.



Kadang-kadang tu bila tengok comment-comment dari lelaki, aku pulak yang jadi segan. Terus rasa macam nak hide album aku semua dalam fesbuk *tiba-tiba kan?* haha. Dan hukum kita 'like' gambar wanita yang tidak menutup aurat? Berdosa. Haram. Itu seperti kita menyokong mereka untuk mendedahkan aurat mereka.



Secantik mana pun seorang wanita itu bila mendedahkan aurat mereka di khalayak orang ramai, cantik lagi seorang wanita yang menutup auratnya di mata Allah. Buat apa kita nak cantik dan disukai oleh orang ramai sedangkan perasaan suka itu boleh berubah. Lebih baik kita disukai oleh Allah, kerana cintaNYA kepada kita tak akan pernah berubah.



Aku sejujur-jujurnya, nak cakap aku ni fully covered, tak jugak. I mean, bukan lah aku ni on off on off. Maksud aku, kadang-kadang ada jugak aku pakai baju yang takat sampai siku. Selendang yang mendedahkan sebahagian leher aku, dan juga baju yang kadang-kadang mengikut bentuk badan. Tapi aku belajar dari kesilapan aku. Aku tanak kejar dunia, aku nak kejar Syurga. Insyaallah.



Disini, aku ada point-point yang aku takde cilok dari mana-mana. Ianya datang dari aku sendiri.




1. Kalau betul sayangkan diri sendiri, tutup lah aurat.


Wanita tak dinafikan selalu memanjakan diri mereka dengan pergi ke spa dan lain-lain. Itu salah satu cara mereka untuk menyayangi diri mereka sendiri. Tapi itu ke cara anda sayangkan diri anda? Dengan memanjakan diri di spa, buat pedicure manicure, selalu cuci dan blow rambut di saloon? Tidak. Itu bukan caranya kamu menyayangi diri kamu sendiri. Orang yang sayang dirinya akan sentiasa menutup aurat dan berbakti kepada Allah. Kerana kalau betul mereka sayangkan diri mereka sendiri, takan la mereka sanggup untuk buat benda yang boleh mengakibatkan mereka masuk ke Neraka, kan?




2. Kalau betul sayangkan kawan-kawan, tutup lah aurat.


Kawan-kawan - siapa je la yang tak sayang kawan-kawan kan? Bagaimana anda menunjukkan kepada mereka yang anda sayangkan mereka? Selalu lepak bersama? Selalu bermanja-manja? Selalu ketawa bersama? Salah tu. Kalau betul anda sayangkan mereka, tutup lah aurat kamu supaya apabila mereka memandang kamu, mereka tidak akan mendapat dosa kering. Cukup lah dengan dosa-dosa kering mereka apabila mereka melihat perempuan seksi yang tidak dikenalinya.




3. Kalau betul sayangkan ayah, tutup lah aurat.


Ramai wanita yang berkata "I love my dad so much!" but, sejauh mana korang sayang ayah korang? Kalau setakat cakap sahaja, tak guna. Tahukah anda dosa anda yang tidak menutup aurat boleh mengheret ayah korang masuk ke Neraka? Itu yang korang cakap sayang tu? Untuk aku, itu bukan sayang namanya. Kalau betul sayang, jaga aurat, jaga iman, dan jaga akhlak.




4. Kalau betul sayangkan suami, tutup lah aurat.


Isteri mana yang tak sayangkan suami kan? Tapi sejauh mana korang sayang kat suami anda? Dengan memberi zuriat kepada mereka? Itu salah satunya, tapi seelok-eloknya, tutuplah aurat kamu itu sebagai status seorang isteri. Dosa-dosa lelaki yang bukan muhrim yang memandang aurat kamu, semuanya ditanggung oleh suami anda. Kalau anda tidak mahu suami anda gagal menjadi seorang pembimbing di dalam keluarga, tutup lah aurat, jaga lah mahkota kamu dari orang lain.



5. Kalau betul sayangkan Nabi, tutup lah aurat.


Siapa yang tidak sayang Nabi? Cuba korang bagitahu aku, siapa? Tiada siapa yang tidak sayang Nabi kita kan? Tapi sekadar sayang di mulut, tidak guna. Walaupun kita sering berselawat ke atas nabi, cuba kita mengambil sedikit sebanyak dari kisah-kisah lama Nabi, supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri dan menutup aurat supaya Nabi tidak menangis melihat kita semua di dunia ini.


Aku lupa dari hadis mana yang dipetik, tapi Rasulullah pernah berkata; Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan menangis selalu dan hanya senyum sedikit.



6. Kalau betul sayangkan Allah, tutup lah aurat.


I have nothing to say about this. If you truly love HIM, you know what you NEED to do in order to PLEASE him and at the same time, be His pious SERVANT.


Ada aje yang tidak menutup aurat, tetapi solat lima waktu tidak pernah ditinggalkan. Selalu solat sunat, selalu berpuasa sunat dan lain-lain. Semoga orang-orang sebegini mendapat Hidayah dari Allah secepat mungkin supaya mereka menjadi wanita solehah. Amin.


Aku bukan nak kata orang yang tidak menutup aurat itu tidak baik. Jangan salah anggap dengan entri aku ni. Aku petik lagi dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus; Biar akhlaknya terjaga, walaupun tidak menutup aurat. Kerana kalau akhlak yang dijaga dengan baik, Insyaallah satu masa nanti mereka akan menutup aurat kerana Allah. Okay ayat tu bukan bulat-bulat aku copy paste dari mulut UAI, tapi apa yang cuba aku sampaikan, sama dengan apa yang UAI cakapkan di salah satu ceramah beliau.



I’m not trying to be a saint. I’m just trying to fix myself, leaving all my bad behaviours behind, and fill this soul with pure kindness. But at the same time, trying to remind everyone else about leaving theirs too. A good muslim is someone who is always remind herself and others to worship to Allah. Lets pray that HE grant us His Jannah. Insyaallah. Amin.



Usahlah kita menjadi perbualan hangat di muka bumi ini. Cukuplah sekadar nama kita selalu menjadi sebutan penduduk langit :')






Sejuk hati memandang.


Aku dambakan sebuah keluarga seperti keluarga Ustaz Azhar Idrus.
Jauh di lubuk hati, terdetik niat untuk memakai purdah satu hari nanti.
Insyaallah :')




Semoga yang baik di ambil, dan yang kurang baik di buang. Maafkan aku kalau ada yang terasa. Sama-sama lah kita mengejar tempat di Syurga-Nya. Dunia ini tiada yang kekal. Semuanya milik Allah.


Orang yang mati meminta peluang sekali lagi untuk hidup supaya dapat mengumpul amalan. Orang yang masih hidup seperti kita ini, masih tidak sedar-sedar lagi dan mengumpul dosa kering yang kelak akan diberi azab di dunia akhirat. Astaghfirullah Al' Azim. Mintak dijauhkan dari kita semua. Amin.


Sekian, Jazakallah. Assalamualaikum :)



* Perempuan yang sihat dan kuat kerap ke gym untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan badannya. Tapi wanita yang solehah, kerap bersujud untuk mengekalkan iman dan membentuk jiwanya :)


Thursday, February 2, 2012

Requested Entry: Lelaki Zaman Sekarang.



Assalamualaikum kawan-kawan.


Semalam aku dapat satu mesej dari seorang kawan aku yang meminta aku untuk buat entri tentang lelaki zaman sekarang yang takut 'relationship'. Memula tu aku macam 50/50 lah sebab aku bukannya pakar sangat kan pasal lelaki semua ni. But .. tetibe aku teringat satu kisah di mana ada seorang lelaki ni takut akan 'relationship'.


Sebelum aku mula kan entri ni, aku nak mintak maaf awal-awal kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang bakal aku tulis ni. Aku becakap secara general. Takde nak attack kat batang hidung sesiapa tu. Aku takde niat nak hentam kaw-kaw kat kaum lelaki. Tapi kalau nak terasa jugak, sila kan :)


Okay, from my point of view, lelaki zaman sekarang mereka kebanyakannya takut untuk adakan 'relationship' dengan perempuan. Aku taktahu lah apa yang mereka takutkan. Tapi apa yang aku nampak, mereka lebih gemar kalau mereka dua seperti 'Friends With Benefits' aje. Instead of 'couple', lelaki kebanyakannya suka untuk berkawan, tapi mesra macam dah couple. Get what I mean?


Aku taktahu la kan apa motif mereka nak buat macam tu. Bila dia nak, dia cari. Bila dia tanak, dia pergi. Bila perempuan tanya ataupun desak lelaki tu, lelaki tu jawab "Kita kan kawan je?". Oh, kawan je? Tapi yang pegang tangan, peluk2 depan public, mesej2 comel molek tu apa? ( Chopp! Ini aku bercakap secara general okay? Aku ingatkan lagi sekali ).


Memang betul, ada salahnya perempuan tu. Sepatutnya sebelum ada ikatan yang sah, jangan lah kita 'menyerah' diri kita kat lelaki tu. Eventhough kita sayang dia sekali pun, jangan lah buat lelaki tu rasa kita ni milik dia. Sebab kalau dia tak mintak couple kat kita, tapi dia layan kita macam couple and sometimes dia ada, sometimes dia takde, macam mana nak kekal?


Kadang-kadang nak cakap ada sesetengah perempuan tu syok sendiri pun memang ada. Tapi siapa yang tak syok sendiri kalau ada lelaki yang layan kita macam dia suka kita. Jenis yang dalam msg or call dia cakap manja-manja. Kalau keluar pegang tangan. Kan? So before buat sesuatu tu, fikir dahulu apa akibatnya.


In my opinion, ada beberapa sebab kenapa lelaki zaman sekarang takut/tanak dengan 'relationship' ni.


1. Mereka jenis yang alim. Tanak couple-couple sebab ianya haram di sisi Islam.

2. Mereka jenis yang cool. Tanak couple sebab nanti kawan-kawan cakap apa barang ada awek.

3. Mereka jenis yang lemah. Tanak couple sebab nanti mereka punya ego jatuh.

4. Mereka pernah heartbroken. Tanak couple sebab their past still haunt em'.

5. Mereka jenis player. Player mana yang suka stick to only one girl, kan?


Number satu tu macam percentage dia lebih kurang 2% je kan kat zaman sekarang ni? So aku rasa number 2, 4, dan 5 yang paling kerap menjadi reason untuk seorang lelaki tanak/takut untuk adakan relationship dengan perempuan.


Sekejap mereka layan kita macam kita ni awek dia, sekejap dia hilang entah ke mana. Bila kita cari dia, dia cakap kita buat kepala dia serabut. Bila kita dah okay takde dia, dia datang balik buat macam kita ni awek dia lagi. Yang kita ni pun lama-lama jadi bingung. Apasal mamat ni buat macam ni?


Perempuan mana yang suka lelaki buat macam tu kan? At least, bagi kata putus. Nak couple or nak jadi kawan. Kalau nak jadi kawan, stop acting like she's your gf, and if nak jadi awek, declare. Simple.


Bila hati perempuan dah tak tahan, kita pun tanya la dia kenapa buat macam ni. Jom lah couple, at least she will know where she's standing in his life. And bila kita tanya macam tu, lelaki tu cakap "I selesa kita macam ni, what for nak couple? Kita kan kawan je?". Oh whyy ohhh whyyyyy? What's up with guys nowadays?


Kalau mereka jadi sebegini sebab iman mereka kuat dan inginkan ikatan yang sah baru bercinta, well itu Alhamdulillah. Memang bersyukur gila kalau dapat lelaki macam tu. But kalau jenis yang suka main tarik tali ni, apa kes? Ingat perempuan punya hati ni keras macam korang semua?


Allah jadikan kaum hawa ni, penyayang. Hati kitorang semua lembut. Tolonglah jangan mainkan perasaan kitorang. Kalau betul sayang, cakap je sayang. Jangan ego tak bertempat. Jangan sebab nak nampak ego dan cool, perasaan sendiri tak terluah. And tolong jangan layan perempuan yang suka anda seperti sampah. Kalau anda tak suka dia, terus terang. Tak payah nak layan dia sweet-sweet, lepas tu terus angkat kaki.


That's rude. Seriously. Just imagine kalau apa yang korang buat sekarang ni, bapak korang buat benda yang sama kat mak korang. Sakit tak hati? Kalau korang kata tak tu, aku taktahu la nak cakap apa. Memang dasar anak tapir.


Seriously guys, if ada perempuan yang sanggup bersabar dengan kerenah dayus korang tu, there's no doubt - she loves you. And she might be the one, Insyaallah. And if perempuan tu luahkan apa yang dia rasa, just listen. Sebab ingatlah, doa seorang perempuan lebih makbul dari seorang lelaki kerana sifat penyayang kitorang ni :)


Terus terang je kalau korang suka kat perempuan tu, lepastu mintak perempuan tu tunggu untuk ikatan yang lebih sah seperti MR.X-MAN buat kat aku. Kitorang tak couple. Masing-masing malas nak couple and rasa macam tanak kisah lama berulang kembali, so dua-dua decide untuk bercinta lepas kawen, Insyaallah kalau jodoh tu panjang. Doakan kami okay? *Okay dah lari topic. Babaai!*


Maybe korang pelik kenapa perempuan nak declare rather than do your way. To be honest, perempuan memang suka dengan kata putus. Kitorang tak suka rasa macam terapung-apung. Like kitorang taktahu kat mana kitorang berdiri kat dalam hidup seseorang tu. Bila dah bagi kata putus, kitorang akan automatiknya menjadi okay. Tak kesah la kata putus tu sesuatu yang boleh buat kitorang gembira ataupun sedih, kitorang tetap akan OKAY.


So guys, if you feel scared of having relationship with a girl, then don't give her mixed signals, and stop with all those sweet talks. Sebab takde orang suka lepas dah buat kita rasa macam dia suka kita, and suddenly, kita rasa macam ditinggalkan. Like we don't know what's going on because suddenly the person berubah, kan? I bet lelaki pun tak suka kalau perempuan buat macam ni kan?


So if korang tanak perasaan korang dimainkan, then stop mainkan perasaan perempuan. Orang semua kata karma akan berlaku. Tapi aku lebih percaya yang Allah itu Maha Adil.


And yes, perempuan memang kalah dengan kata-kata. And lelaki kalah dengan mata. And tak kisah la berapa kali pun kitorang cakap, korang tetap tak akan faham. Sebab korang lelaki, dan kitorang perempuan. 9 nafsu berbalas 1 nafsu. 1 akal berbalas 9 akal :)





Kalau aku seorang Lelaki, hati perempuan akan aku jaga sebaik mungkin seperti aku menjaga hati ibu ku.



Ingat, takde perempuan yang sanggup dipergunakan untuk kepentingan diri anda dan dibuang apabila anda dah puas. Hati wanita besar, dan dalam seperti lautan biru. Banyak yang kitorang simpan dan kitorang tak bagitahu. Tapi bila datang ombak yang besar, kitorang pasti akan tenggelam dan menangis jua :')




* Simple, if nak kawan aje, act like kawan. If suka, act like you do. And aku tahu, kat luar sana ramai lagi lelaki yang baik-baik belaka. Lelaki macam tu lah yang kita mahuuuuuuuuu ;)


Wednesday, February 1, 2012

Mimpi Paling Kurang Ajar Abad 2012.







Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat bulan Feb. Oh permulaan Feb saya sangat lah tidak best. Conflict sana sini. Tapi nak buat macam mana, sabar je lah.


Umm umm. Pagi tadi aku bangun tersangat lah awal. Tidur pukul 3 lebih, bangun pukul 6. Sebab apa aku bangun awal nak mampuih tu? Sebab aku mimpi something yang buat aku bangun tidur tercungap-cungap, jantung berdebar gila vaviks tak hengat dunia. Pandang kanan kiri, nampak dinding bilik sendiri. Bersyukur aku kat atas katil tu.


Nak tahu aku mimpi apa? Hah teka lah teka laaaahhhhhhh! Siapa dapat jawab dengan betul, aku bagi dia chipsmore.


Okay, since hampa semua tak dapat nak teka, meh aku bagitauuuuuuu. Wieeeeee. Okayyyyyyyy, akuuuuuuu miiiimmmmmpiiiiiiiiiiiiii ......


Zombieeeeeeeeeeeeee! Yayyy! Benda yang paling aku adore kat dunia niii. Yayyyyyyyy! *Menangis* T______________T


Aku mimpi zombie-zombie yang tough serta fit badannya yang lari macam masuk Sukan Sea. Fuuuu fuuuu fuuuuuuu! Serious weh. Cammano entah boleh mimpi makhluk paling hodoh tu. Kalau kena kejar dengan Shark aku boleh terima lagi.


Dah la aku mimpi aku kena kejar kat dalam kawasan perumahan aku. Yang hebat nya, memula jalan cerita lain, tibe-tibe entah macam mana aku boleh ada kat depan swimming pool rumah aku, sekali aku nampak macam ada orang lari-lari dari belakang rumah aku tu.


Time tu aku dok kaku lagi tengah pandang 'orang-orang' yang tengah lari tu. Aku pandang tepi aku, tetiba ada seorang lelaki. Aku kenal dia pun tidak. Masa tu rasa macam nak aje tanya "Eh abanggg, tadi takde. Tetiba ada kat tepi, dari mana datang tadi?".


Tapi semuanya terbantut bila aku pandang depan balik, baru lah aku sedar 'orang-orang' yang tengah lari itu bukan lah manusia sejati. Tapi mereka adalah zombiessss yang molek-molek.


Dari tak kenal mamat tepi aku tu, terus aku tarik dia join lari. Woah tetiba jadi geng hakuuuu kannn. Nama pun tak sempat nak tahu. Nyehh nyeehh. Hah, sambung balik. Wah masa tu, hanya Allah saje la yang tahu. Betapa pantasnya aku lari walaupun perut buncit aku ni melambatkan pergerakan kaki aku, namun aku tetap berusaha untuk berlari dengan gagahnya.


Aku sempat sampai ke rumah aku. Time tu ada la lebih kurang 50 zombie tengah kejar aku. Apa yang sedap sangat entah aku ni yang depa dok beria-ria nak kejar aku ni kannn *tak puas hati mimpi bangang ni*.


Tapi mamat tadi tetiba berhenti pulakkk kat bawah rumah aku tu. Pelik bebenor. Aku pun dok whisper (eceh whisper gittewwww) "Eh awakkk! Awakkkk! Naik la cepattt! Awakkk!". Tapi dia diam je. Mula lah aku suspicious. Ni mesti dia salah sorang 'geng' zombie tu.


Aku fikir diri aku je time tu. Nasib la nak cakap aku selfish ke, seldog ke, sellion ke, lantokkk. Aku terus kunci pintu. Huh, tetiba tu suasana jadi lain. Aku masuk rumah, tengok kosong jeeee. Dalam hati aku dah terfikir, mana laaa depa ni. Aku pun masuk bilik aku. Satg aku nampak mak bapak aku semua dalam bilik aku. Tetiba la pulak bilik aku tu jadi besorrr gedabak macam kat ruang tamu. Eh apekepelikkk la mimpi aku ni.


Dah tu, aku tanya diorang "Ni awat ni ramai-ramai?" sebab aku nampak belakang mak bapak aku ramai sungguh manusia. Tibe-tibe bilik aku yang sebesorrr ruang tamu tadi tu bertukar seperti sebesarrr padang sekolah *hambuih melampauuuu!*. Japg mak aku cakap "Kan harini kau nak nikah?". (Ehhhhh? Dah macam lari topic mimpi ni)


"Eh siapa pulak yang masuk meminang?". Aku pun pelik, tak pasal. Tadi kena kejar zombie, sekarang ni tiba-tiba nak kawen pulak. "Tu ha, Zombri anak lelaki Pakcik Ambie". Aku ingat okaayyyy nama diaaa tu. Sekali tibe-tibe situation dah berubah, aku atas pelamin tetibaaaa. Wadefaakkkk?


Tibe-tibe hati aku berdebor tak hengatt duniaa. Aku pandang sekeliling aku semuanya zombie. Aku nak lari mana pun aku taktahu. Dah la depa semua pakai baju melayu ( #$&#%(#%&!!)% !! ). Jantung aku masa tu berdebar macam nak terkeluar haa.


Satg tu aku nak usha sat lah kan Si Zombri yang nak kawen dengan aku tu. Sekali aku pandang, MAAAAAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ternyata, aku memang benar berkawen dengan zombie T_________T Patut lah jemputan semuanya zombie ajeeee. Ha ha ha, kelakar Cikunnn. Kelakar habisss mimpi kauuuu. Terkencing-kecing aku gelak dengan mimpi kau ni. Rupanya yang 50 zombie kejar kau memula tu bukannya nak makan kau ye? Rupanya mereka berebut nak masuk minang kau. Wahhh cayaa la kauuuuuuu!


Jadi, sekian. Hati aku yang terlalu berdebar kena kawen dengan zombie tu telah buat aku bangun pada pukul 6 pagi tadi sambil aku menghembus nafas lega sebab itu semuanya mimpi. Kuang hajooo tulsssss! Guane la aku boleh mimpi macam ni. Siotttt!


Aku rasa ni semua sebab semalam before aku tidur, aku berangan apa aku nak buat kalau tetiba pintu bilik aku terbukak and then there's like 10 zombies tengah menuju kat aku. Fuuuuu fuuu fuuuu fffuuuu! Tu la, berangan lah lagi, kan dah masuk mimpi.



Aku : Shityuuuuuu! I hate zombies!


Nadia : hahahahahahahahahaha. i know ittttttttttttttttt! sebab tuh la i mention. biar malam nie you mimpi kawen dgn zombi. hahahaha. zombi yang jalan terhencut2. muka mcm................. i cant imagine ittt~ hahaha.

Aku : lf hencut2 I boleh terima lagi. That one is acceptable! But the one yang lari mcm masuk sukan Sea tu, i freaking hate! Omi omi omiiiiiiiii, babinyaaaaaaa depa tuuu!


Nadia : you nie, ade penyakit la nie shiken syanggg. hahaha. i think, you ade penyakit. oh what. what we should call it.yes. phobiazombiholic. haaaa. tuh sbb. you berangan smpai ke situ.hahahaahahaha. seriously sayang. you kene pergi rawatan. psikiatri especially.


Aku : Hahahahahahaha, I think so lah kan. I would kick anyone in front of me if diorang pakai costume zombie! Luckily sini tkde sambut2 Halloween ni hehehee *padahal ada je*


Nadia : hahaha. adoi. parok dah youuu nie. hahahaha. phobiazombiholic sangattt. hahaha. wah. cantik i bagi nama penyakit you nie kan shiken?


Aku : Ha'ahhh cantikkkk. Cantikkkk. Cantikkkk abahhhhhh. Hahhaa.




So, yeah. Aku rasa ni memang 100% salah makcik kepoh ni. Dia yang doa aku mimpi kawen dengan zombie!


So, miss Nadia, adakah anda gembiraaa? Adakah anda puas hati? Oh saya harap anda bahagia lah ye. Akhirnya anda dapat apa yang ada mahu. Dan disini saya hanya ingin berkata; Shityuuuuuu!!


Kepada anda yang ingin meng'zombie'kan cik Nadia a.k.a si kepoh, sila lah ke blog beliau : Nadia agogo.


Sekian, saya nak pergi nangis bawah bantal sedih kena kawen dengan zombie. Kbai. Assalamualaikum :)




* Serious. Ini mimpi paling kuang ajar pernah aku dapat selama aku hidup ni. Cis. Selera habis aku nak malam pertama dengan zombie -___-'

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space