Saturday, August 19, 2017

Kisah Mistik : Serangan Bertubi-tubi ( Episode 2 )







Assalamualaikum & Salam sejahtera!


Kata nak update hari selasa kannn, last-last hari Sabtu jugak la aku update episode 2 ni. Maafkan saya, agak busy sedikit. 


So macam yang aku cakap, semenjak aku kena hempap tu, memang almost everyday aku akan kena. Sehari tu ada la 2 3 kali kena, sampai jadi letih semacam badan ni. Pastu bila badan dah jadi letih sebab kena hempap selalu, mula lah aku demam la, sakit badan la, macam2 lah. Mood kau pun jadi tak betul disebabkan benda ni. Rasa macam nak bergaduh dengan semua orang. Aku punya "shield" memang whudu' sahaja lah. Kadang-kadang bila terlupa nak amek whudu' tu yang buat aku jadi bengang nak mati dengan diri sendiri hahaha. 


So aku tidur memang kena bukak lampu. Wajib. Kalau aku tutup lampu, memang tak sampai few mins aku akan kena hempap. Orang kata nak avoid dari kena hempap ni aku kena tidur mengiring. Heh, mengiring ke, tidur duduk ke, tidur gaya superman ke, semua aku kena weh. Tak kisah la gaya apa pun, once aku tutup lampu, memang aku akan kena. So untuk prevent, aku bukak la lampu. Benda sama akan jadi, tetap kena hempap kalau bukak lampu pun. Cuma percentage of kena hempap tu kurang berbanding bila aku tutup lampu.


Sampai lah satu malam ni, macam biasa aku lupa nak amek whudu'. Dasar short memory sungguh aku ni, dah kena kacau dengan secret admire setiap hari pun still lupa nak amek whudu'. Blergh. Aku pun tidur lah macam biasa. Sekali tu kena la hempap. Aku kalau kena hempap, aku suka bercakap dengan dia. Dalam erti lain, maki dia. So dalam kepala aku duk maki-maki dia cakap kau pehal nak hempap aku manjang. Takda kerja lain ke setan. Pi tempat lain la. Ha gitu la makian aku kat benda yang aku sendiri tak nampak. Aku pun baca la surah Qursi. Sekaliiiiiiiiiii, dia join sekali daaaaaaaa. Dia baca sama dengan aku, tapi bacaan dia ya Allah memang sedap. Aku masa ni dengar suara lelaki. So mungkin Jin islam jantan la kot. Pastu aku teringat ustaz aku pernah cakap, kalau baca ayat Qursi ni, ayat terakhir tu dia takleh ikut. So kita kena ulang 3 kali untuk bagi dia lepaskan kita.


Memang betul. Benda tu diam bila aku baca ayat terakhir tu. Baru aku nak ulang kali ketiga, dia lepas kan aku serta merta. Masa tu rasa lega yang teramat. Sambil  rasa lega tu, aku pun macam biasa lah, gelak berdekah-dekah kat benda tu. Berlagak sungguh haha. Terus zaaaapp aku pergi ke tandas dengan mengah macam baru lari padang sekolah 30 kali tu. Ya Allah, nak bangun dari katil pun rasa tak larat gila okay. Macam satu badan kau jadi lumpuh. Kalau boleh memang kau nak duduk atas katil tu je. Tapi masalahnya bila aku stay atas katil tu, tak sampai 10 saat mesti aku akan kena hempap balik. Jadi nak taknak memang aku kena paksa diri aku ni untuk bangun ke tandas.


The following days, aku kena lagi. Kali ni dia hebat sikit, dah tak main ikut aku baca surah or mengerang. Dia extreme sikit, tapi belum betul-betul extreme! As usual, lepas aku dah prepare katil aku, maka rebahlah diri aku ni kat katil tu. Aku pandang lampu, lampu pandang aku balik. Jenis aku ni sebenarnya aku takleh ada cahaya yang terlalu terang untuk tidur. Jadi aku akan ada bantal kecik untuk aku tutup muka aku. Masa tu aku dah golek-golek atas katil amek mood nak lelap. Tiba-tiba aku pun rasa la debaran kat hati tu. Aku tahu lah benda tu on the way kan, so aku pun dengan sepantas kilat gerakkan diri aku. Tapi gagal, macam biasa


Bila dah kena kunci tu, aku nak meronta pun dah tak dapat. Pasrah je lah kat katil tu. Macam biasa, aku nak baca surah. Sekali tu aku stop, sebab aku perasan something different kali ni. Bibir aku bergerak! Bergerak SENDIRI. Aku ulang, BERGERAK SENDIRI. Orang yang pernah kena hempap dengan benda ni tahu lah apa jadi kat badan kau. Totally keras, tak boleh gerak at all. So bila mulut aku ni bergerak dengan sendiri, automatically mata aku ni pandang bawah. Oh by the way, bila kena hempap tu, mata kau akan bukak luas. Tapi orang lain nampak kau tidur tutup mata nyenyak gila. 


Masa aku pandang bawah tu, aku memang nampak bibir aku ni digerakkan untuk senyum. Tapi senyuman aku ni sangat lebar. Memang lebih dari apa yang bibir aku boleh buat. Ni rasanya dia tarik bibir aku sampai nak ke telinga panjang dia. Haaaaa terkejut kan. Aku pun terkejut gila time ni. Dalam hati aku dah macam weh weh weh pehal ni weh main kasar gila weh kau gerak bibir sampai ke telinga. Hati aku berdebar bagai nak pecah masa ni. Laju gila.


Waktu dia tarik bibir aku sampai ke telinga tu, dia bagi sekali pakej ngilai weeeeehhh. Kuat pulak tu dia ngilai. Kurang ajor betei. Rasa macam dia betul-betul kat dalam telinga aku. Bukan tepi ye, tapi dalam telinga aku. So memang kuat teramat ngilai dia. Aku jadi stress serta merta. Rasa macam kalau dia kat depan aku ni, memang aku tumbuk laju-laju kat dia haha. Lama jugak lah dia "senyum" kan aku tu. Mata aku tetap ke bawah pandang bibir aku yang sampai ke telinga tu. 


After awhile, maybe dia dah bosan sebab aku usha je bibir aku tanpa rasa takut ke apa, dia pun lepas kan aku. Waktu aku memang tak larat sangat-sangat nak ke mana-mana. Dalam hati aku, lantak lah kau nak hempap lagi ke apa, aku tak larat. Aku nak tidur je. Mungkin dia tengok aku macam give up dah kan, so dia takda la hempap aku kali kedua or ketiga. Hahaha. Ada jugak belas kasihan ye hantu-hantu ni. Puik.


Esok tu aku pun bagitahu la keluarga aku. Rupanya kakak aku yang selalu kena kacau tu dah selalu benda tu main gerak-gerak bibir dia. Cara dia describe tu memang sebijik la dengan aku. Sakit sikit lah bila dia tarik tu. Pastu ngilai kuat nak mampus. Kuaja betul benda ni, tak cukup kakak aku, dia main-main dengan aku pulak.


So benda sama berulang kembali, aku kena hempap setiap hari. Kiranya "hempap" ni umpama "makan" la. Kena makan setiap hari kan? So sama la dengan hempap ni haha. Then one day ni arwah atok aku datang rumah aku. Macam biasa, tiap kali dia datang dia akan tidur kat bilik aku. Aku? Aku tidur kat bilik kakak-kakak aku. So ada one day ni arwah atok aku tengah tidur nyenyak, sekali tu dia dengar bunyi ... Orang tua kan, dulik apa dia dengan bunyi pelik pukul 2 3 pagi. Dia pun toleh lah ke kanan ......


Dia pun bukak mata dia .....


Dannnnnnn ..... 






Bakal bersambung.... 


Hehe tunggu episode ketiga nanti yaaa. Bagi lah ada unsur cuak di situ sikit hehe. Nanti kita sambung ek? Tunggguuuuuuuuuuuuu ....








Sunday, August 13, 2017

Kisah Mistik; Titik Permulaan ( Episode 1 )









Assalamualaikum and salam sejahtera!

Kali ni entry nak cerita pasal pengalaman aku sendiri deal dgn benda-benda ghaib ni. Dia punya episode tak sure lah ada berapa. But aku try buat everything in details okay! 

Disebabkan blog ni dah lama berhabuk, so kita pun start lah fresh balik. (Maaf lah kalau ada penggunaan bahasa yang bercampur2 ye. Aku mmg jenis suka tulis ikut apa yang keluar kat kepala otak ni. If English, English lah. If BM, BM lah.)

Okayyyy, bismillahirrohmannirrahimmmmmm. 

Back in 2006, start lah benda-benda tak betul ni jadi. Em sebenarnya if fikir balik, dari kecik kot. Tapi aku tak amek port sangat sebab benda tu tak jadi depan mata or macam tak menangkap kalbu sangat haha. Masa kecik kena la jugak hempap ni semua, orang nampak "kembar" aku, aku nampak kelibat hitam yang macam ada hunch kat belakang and no legs. Etc etc etc.

Okay back to cerita 2006, masa ni salah seorang dari kakak aku dah kena gangguan2 ni semua. Dia tahap hysteria bagai sebab dia pernah berlakon theatre Mahsuri kat sekolah dia dulu. Orang kata kalau nak berlakon watak yang dah takda kat dunia ni, jangan terlalu hayati. Nanti macam-macam jadi. But kakak aku ni jenis yang suka berlakon. Menangis pun within few seconds je, memang dalam betul lah penghayatan dia ni. So right after she acted to be Mahsuri, dia kena benda-benda ni semua.

Alright, stop pasal dia, cerita pasal aku pulak okay? Disebabkan kakak aku kena gangguan ni, ada one night tu dia ajak aku tidur bilik dia. So being me yang bosan tidur bilik sendiri macam tu, aku pun tidur la bilik dia. Aku tidur kat atas lantai while she's on her bed. Sambil tengok TV, mata aku macam nak tertutup2 dah. And last2 sekali aku memang betul2 nak tertidur. Dalam mamai-mamai tu, aku macam ternampak kat hujung katil ada satu lembaga hitam tinggi besar dia macam slow-slow approach aku. Aku dah la mamai, aku pun usha je la dengan mata sepet aku yang lagi 20% nak terlelap. 

Lama sikit tu baru lah aku perasan yang aku ni actually tengah nampak "benda" yang orang lain tak nampak. And aku pun terus lah nak bangun kan diri aku untuk duduk. Tapi dah lambat, terlalu lambat actually. Benda tu dah pun hempap aku. Badan aku kaku. Aku nak jerit panggil kakak aku, tapi aku takleh bersuara. Kakak aku tengah tgk TV masa tu, so aku fikir mungkin dia boleh sedar yang aku ni tengah ada masalah. Tapi harapan aku musnah, sebab di mata luar aku nampak macam lena dibuai mimpi.

Aku pun cuba lah gerak kan ibu jari, tapi gagal. Kan orang kata, kalau nak terlepas dari benda ni kau kena gerak kan ibu jari. Tapi aku dah gerakkan dua tiga kali pun masih gagal lagi. Nafas aku pulak macam kian singkat. Aku nak nafas betul-betul tak boleh. Rasa terganggu. Otak aku cuba untuk berfikir apa yang perlu aku buat untuk lepaskan diri dari ikatan "benda" ni. So sebagai orang yang tak berapa nak alim (zaman jahilliah uolsssssss). So dalam kepala aku masa tu memang Al-Fatihah je lah yang aku ingat. 

"Bismillah..." baru sekerat ni aku baca, aku terdengar suara mengerang marah yang slow. Aku terbehenti. Aku tanya diri aku sendiri, amenda bunyi tu. Disebabkan perasaan ingin tahu tu membuak-buak, aku pun teruskan diri untuk membaca satu-satunya surah yang aku hafal time tu hahahahhahaha. And I was right.... the moment aku sambung balik, there you go. Suara perempuan mengerang marah. Those yang tak tahu, boleh lah Youtube cerita Harum Sundal Malam and dengar part Maya Karin mengerang marah masa dia panjat kat ceiling dia tu. Sebijik, sejibon, sekutu.

And lagi galak aku baca, lagi kuat dia mengerang! And aku dapat rasa benda tu memang betul-betul tepi aku sebab suara dia sangat kuat!! Rasa macam dalam kepala aku je suara tu weh. Masa tu memang aku rasa takut tersangat sebab itu kali pertama aku experience benda-benda macam ni. Aku meronta-ronta nak lepaskan diri sambil baca surah Al-Fatihah tu. Last-last masa dia macam nak jerit mengerang kuat tu, aku terlepas. Bangun-bangun dari lantai tu terus aku tutup telinga. Kakak aku yang tengah syok tengok TV terus terkejut and takut lah. Aku terus keluar dari bilik dia sambil tutup telinga aku. Drama sangat Ashikin Nofal oi. Haha. But that was the only thing that aku rasa aku perlu buat. Lol. 

So lepas kejadian tu, aku kerap kena hempap dengan benda-benda ni. Ada la dua tiga minggu tu aku asek kena hempap je. Seminggu nak dekat hari-hari gak lah aku kena. Sehari tak kena, memang tak sah. Dia punya hint nak kena hempap is hati aku akan berdebar-debar macam baru kena kejar dengan zombie. Haaa time tu memang aku dah dapat tangkap, confirm aku akan kena hempap. And yeapppp, sungguh tepaaaatttt. Moment yang aku paling suka is bila aku ada whuduk kat badan aku, and tiba-tiba hati aku berdebar. Means benda tu on the way la untuk hempap aku, and serta merta badan aku macam melantun (serious tau melantun betul) and halau benda tu daripada hempap aku. Disebabkan terlalu kerap aku kena, aku dah macam lali. Kadang-kadang bila badan aku ada whuduk and benda tu gagal hempap aku, aku akan gelak (ye gelak sorang2 dlm bilik, gila sangat perangai) sambil aku ckp "PADAN MUKA KAU TAK BOLEH HEMPAP AKU!! HAHAHAHAA". Haa sampai gitu.

Sampai lahhhh satu hari tu ........






Bakal Bersambung :)
Nantikan ya! More to come and trust me, lagi extreme dari first episode ni :)











 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space