Sunday, March 10, 2013

Manusia.






Jika aku boleh memilih antara kucing mahupun manusia, aku sanggup memilih kucing. Kerana manusia, hati kita yang dulunya sempurna bentuknya, semakin lama semakin berubah akibat terluka.






Bismillah.


Assalamualaikum semua orang.


Bermonolog mahu?


Kau sangka bila kau menyayangi dia sebanyak itu, dia akan sayang kau sebanyak itu juga? Kau sangka bila kau korbankan segalanya untuk mereka, mereka akan korbankan juga segalanya untuk kau? 


Kau sangka bila kau sanggup pilih untuk menjaga hati mereka, mereka akan pilih hati kau juga untuk dijaga oleh mereka? Kau sangka bila kau utamakan mereka, mereka akan utamakan kau juga? Kau sangka bila kau hargai mereka, mereka akan hargai kau juga? Tidak. Itu semua cumalah angan-angan kau sahaja.


Dunia ini kadang-kadang pelik juga bila aku cuba memerhati satu persatu. Bila sudah dapat yang cukup baik, tidak reti jaga. Bila dapat yang kurang, mencaci dan mengadu pada Allah supaya beri yang lebih baik. Apa Allah dah bagi mata dan hati  pun masih gagal untuk cuba menilai mana yang baik dan yang mana tidak baik?


Sering kali kita menonton drama-drama di Tv, lelaki dan perempuan, berusaha untuk memberi yang terbaik pada satu sama yang lain. Yang mana, jika kita letak situasi itu pada realiti, ia sememangnya gagal untuk melakonkan ia semula. Itulah dinamakan penipuan semata-mata. Mana mungkin ada yang sanggup utamakan hati orang lain. Pasti ada satu pihak yang sentiasa bersikap pentingkan hati mereka sendiri.


Sakit. Sakit bila kita utamakan mereka, tapi mereka buat kita seperti tidak wujud di dalam hidup mereka. Di mana hidup kita ini, kita ibaratkan seperti mereka lah segalanya bagi kita. Tapi kita dipijak-pijak akhirnya. 


Bila mereka senang, mereka alpa. Siapa yang ada ketika susah dahulu. Ketika dia mengalami masalah dimana kita menjadi satu-satunya pertolongan mereka. Cukuplah dengan menghargai, namun itu juga mereka gagal untuk memberi.


Berhenti menyalahkan mereka yang tidak reti menjaga hati kau. Sebenarnya, engkau yang bersalah. Engkau yang tak patut memberi terlalu banyak. Kerana kelak kau pasti akan menerima sedikit sahaja dari orang lain. Apa kau hidup di atas dunia ini hanyalah untuk mereka yang bergelar "manusia" itu? Yang keji dan pentingkan diri itu?


Sepatutnya kau hidup di dunia ini untuk Allah. Untuk mencari jalan yang benar untuk kau dapatkan tiket ke SyurgaNya. Tapi syaitan itu bijak berbicara. Niat sebenar kita untuk hidup, semakin hari semakin malap dari pandangan kita. Manusia kini kian lebih penting dari segalanya. Inikah caranya kau membalas rahmatNya?


Kau sedih bila orang lain tak hargai kau. Kau sedih bila hati kau terluka dan tiada sorang pun mahu mengubatinya. Kau sedih bila orang lain tak utamakan kau. Kau sedih bila orang lain tak sayang kau. 


Cuba kau tanya diri kau balik. Pernah kau hargai Allah? Pernah kau fikir bagaimana dosa-dosa kau telah melukakan hati Allah? Pernah kau fikir bila kau tak utamakan Allah daripada yang lain? Pernah kau fikir bila kau lebih sayangkan manusia lebih daripada Sang Pencipta? Sila malu pada diri sendiri.


Cukup lah. Mohon berhenti melukakan hati kau sendiri dengan gelagat manusia-manusia yang langsung tidak pernah cuba untuk hargai apa yang telah kau lakukan untuk mereka. Sekarang, di titik permulaan ini, marilah kita menukar arah. Ke arah yang lebih diberkatiNya. Ke arah yang lebih mampu membahagiakan kita kelak. Marilah kita ke arah Allah.


Hati. Mohon kau berhenti memikirkan kehendak dan keperluan orang lain. Mula lah berfikir secara bijak, dan marilah kita mula mementingkan diri sendiri dengan hanya mengutamakan Dia, Illahi. Semoga sahaja kelak kita tidak akan lagi disakiti dengan kelakuan-kelakuan manusia yang hanya mampu pandai menerima sesuatu tanpa menghargainya.


Ini lebih dasyat daripada ditikam di dada. Sangat-sangat dasyat. Buta. Sungguh. Hati kita buta disebabkan oleh manusia-manusia yang tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Cukup lah. Mungkin sahaja ini lah noktah penamatnya. 





Mungkin apa yang kau dah ada sekarang, kau masih tidak mampu untuk memandang ia dengan mata hati. Mungkin kerana kau masih belum merasakan kehilangan itu. Tapi tidak mengapa, mungkin kerana Allah masih sayangkan kau lagi. Sebab itu Dia masih tidak datangkan dugaan untuk kau merasakan apa itu kehilangan. 


Semoga kau tabah hadapinya kelak.


Beradanya seseorang itu di dalam hidup orang lain, adalah tandanya seseorang itu pernah disayangi. Pernah dihargai. Cuma, mungkin kerana terlalu menjaga hati orang lain, lama kelamaan tidak sedar, yang hatinya kian lama kian terberai.




* Ada masanya hati ini turut terasa dengan kata-kata manusia, namun sedaya upaya aku kikis pergi luka itu kerana aku percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah lebih Tahu akan kemampuanku melebihi aku.


Monday, March 4, 2013

Genggam.





"Mana pergi duit yang lain?"


*Diam*


"Em? Mana?" - Tegas dia bertanya. Namun ada sedikit ketenangan yang jelas di mukanya.

"Err. I beli skirt haritu,,", gentar.

"Oh. Emp beli lagi rupanya".

"Bukan, I takda baju" - Typical girl. Ceh.

"Takda baju? Haha" - Tergelak kecil dia.

"Bukan takda baju, cuma I bosan dengan baju-baju yang lama".


.......



Mungkin salah apa yang diungkapkan itu. Mungkin maksudnya berlainan. Cuma cara penyampaiannya salah.


"Oh .. bosan? Okay. So I think I should get myself prepared eh? Since you cepat bosan. So I should start looking for someone else too?"


Ah. Kenapa merepek sebegitu sekali? Sudah tentu bukan. Terdiam seketika. Kita bercakap tentang baju. Bukan perasaan. 


"No!"



....


................


.................................




Genggam.








Assalamualaikum.


Sering kali aku bertanya pada diri aku dulu. Mengapa kita ditemukan dengan seseorang itu, cipta perasaan sayang sesama sendiri, berjanji setia sehidup semati, tetapi di pengakhirannya, kita terpisah jua? Apa mungkin ada salah silap kita di pertengahan hubungan itu? Atau mungkin kerana penghargaan kita terhadap seseorang itu terlalu kecil? Ataupun, salah kita perasaan itu berubah dengan sekelip mata?


Walau kuat mana kita cuba untuk genggam seseorang itu di dalam hidup kita, pasti akan terlepas juga pada suatu saat itu. Segala janji manis, kata-kata setia, angan-angan di malam hari, semuanya pasti akan hilang juga. Air mata jatuh di pipi seperti tiada penyudahannya.


Benar kata orang, bila kita menyayangi seseorang itu, jangan terlalu lebih sangat. Kerana kelamaan, benda itu akan makan diri kita balik. Bila tiba hari perpisahan, kita mungkin tidak dapat menyelamatkan diri kita ketika itu. Kerana kita tidak mengenali siapa diri kita yang sebenarnya. Yang dulu kuat, tabah, gagah hidup berseorangan, semuanya hilang pabila hadirnya orang istimewa di dalam hidup kita.


Jujur, mungkin sahaja ini adalah ayat yang paling bodoh pernah ku ungkap, tapi aku mungkin tidak akan terkejut jika Sang Pencipta memisahkan aku dengan si dia. Walaupun kami tidaklah bersama pada saat ini. Cuma dua hati mendoakan perkara yang sama.


Mungkin, dia hanya tiba untuk memberi aku pandangan baru tentang hidup didunia yang fana ini. Atau mungkin, dia hanyalah dugaan buatku. Untuk aku akhirnya faham, cinta manusia itu adalah kosong. Yang tidak perlu diisi di dalam hati. Kerana ia pasti akan menghilang suatu hari nanti.


Ketakutan pada kehilangan boleh diatasi dengan percaya pada Ilahi. Percaya bahawa selaku manusia, kita tak berhak memiliki. Hanya meminjam. Dan bila kehilangan terjadi, itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Bukankah, sampai saatnya nanti, kehilangan itu pasti terjadi? Cuma yang berbezanya adalah cara bagaimana kita menghadapi.





InsyaAllah, bila sudah halal, aku pasti akan sentiasa genggam tanganmu.
Walau susah seperti tiada hari esoknya mahupun setinggi gunung bahagia, itu janji aku! :')




Sebenarnya, aku menulis entri ini bukan kerana aku sedih. Tidak. Tetapi adalah kerana aku masih merasa bahagia dengan segala nikmat yang Dia beri pada aku. Dengan hadirnya orang-orang yang aku sayang, membuatkan hati aku kian mudah terguris. Kerana persoalan yang sudah lama tidak hinggap di kepala, kian melayang-melayang di fikiran ku.



"Kuatkah aku untuk kehilangan mereka?"



Jika aku mampu buat keputusan untuk diri aku sendiri, aku pohon beri separuh dari nyawaku di dunia ini pada mereka yang aku sayang. Supaya mereka tahu betapa aku menyayangi mereka seluruh raga ku.


Jika aku mampu buat keputusan untuk diri aku, aku pasti akan sentiasa genggam tangan-tangan mereka erat. Langsung tidak melepaskan. Kerana mereka, adalah separuh daripada nyawa ku.


Dan ..


Jika aku mampu buat keputusan untuk diri aku sendiri, pasti aku menulis namanya di Luh Mahfuz sebagai jodoh ku di dunia dan di akhirat kelak. Dia sebagai tangan dan kaki ku ketika aku tidak mampu berjalan mahupun memasak. Dia mata dan telinga ku, ketika aku tidak lagi mampu memandang Al-QuranNYA dan dengar zikir-zikirNYA. Dia sebagai mulut dan hidung ku, ketika aku tidak lagi mampu untuk mengalunkan zikir indahNYA dan menghidu baru aroma wangi badan bakal suami ku. Dan dia, hanya dia.


Tapi ......


Aku tidak mampu. Kerana itu tanggungjawab DIA. Dan aku sebagai hambaNYA, aku hanya mampu berdoa, berusaha, dan menyerah. Moga sahaja, doa aku kini, bakal dimakbulkan olehNYA. Walau selambat mana, yang aku harap hanya ketepatannya.



Oh Allah, aku mohon supaya orang-orang yang aku kasihi akan sentiasa di bawah jagaanMU. Semoga mereka semua diharamkan daripada Api Neraka. Dan ditempatkan di SyurgaMU kelak. Amin.




Kadang-kadang Allah hantar orang baik kat kita, sebab kita tak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah tarik balik dorang semua. Sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab DIA atau sebab manusia. Belajarlah utk menyerah jika sudah merasakan telah memberi yang terbaik. Kerana sebaik-baik pilihan bagi seorang manusia adalah berserah kepada Tuhan. 



Kelak pabila rasa kehilangan itu menyinggap di hati ini, aku harus sentiasa menginganti pepatah arab yang indah ini:- 


Yajib antasim indama tabki; Hendaklah kamu tersenyum walaupun kamu sedang berduka :) 
  

InsyaAllah! Rakan-rakan, sentiasa persiapkan diri kita semua dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi di dalam hidup kita. Ingatlah, entri ini hanya sebegai kata-kata semangat dari satu hati ke hati lain :)



Jangan sesekali samakan soal baju dan perasaan. Kerana ianya dua benda yang berbeza :)



* Cintailah sesiapa yang kamu suka, tetapi ingatlah, kamu akan berpisah juga akhirnya. Mencintai Tuhan, cinta kita akan abadi. Di dunia, dan di dunia sesudah mati nanti.


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space