Saturday, September 15, 2012

#Mati; Yang Terakhir.







Assalamualaikum.



220pm - Terdetik satu persoalan di kepala ku.


Kalau aku meninggal dunia nanti, siapa yang nak tolong delete kan blog aku ni? Siapa yang akan tolong deletekan account Facebook, twitter, tumblr dan lain-lain untuk aku? Tiada sorang pun yang tahu apa email and password aku. Perlu ke aku bagi? Perlu ke aku catitkan password aku kat mana-mana buku?


Lately ni aku perasan sikap aku ada yang macam lain sikit. Tapi mungkin itu hanyalah perasaan aku sahaja. Aku hanya lah manusia biasa, tidak tahu bila ajal akan tiba. Mengingati mati itu adalah harus. Supaya rasa takut dan insaf ada dalam diri kita.


Kalau aku meninggal dunia, siapa yang nak tolong jagakan babah aku? Siapa yang nak tolong jagakan mama aku? Habis macam mana dengan wang pembelanjaan keluarga aku nanti? Kalau aku takde nanti, macam mana aku nak tolong bayarkan duit bil untuk ringankan beban babah aku yang dah tak larat nak kerja tu?


Dulu aku pernah hampir kehilangan babah aku. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa lemah nya aku. Siang malam aku berdoa macam-macam supaya babah aku bangun dari ICU yang sudah seminggu lamanya. Aku rindu nak tengok babah aku senyum. Aku rindu nak babah aku panggil aku "kin ...". Pelajaran aku semua entah kemana. Dah la nak dekat SPM masa tu.


Alhamdulillah, akhirnya babah aku bangun. Berkat doa semua orang. Dan kini dia sihat, Alhamdulillah. Tapi aku selalu take him for granted. Kenapa? Aku pun tak tahu. Tapi aku sayangkan makpak aku. Cuma aku tak reti sangat nak tunjuk. Habistu kalau aku dah meninggal dunia, siapa yang nak bagitahu kat diorang yang aku sayang sangat kat diorang ni? Siapa yang nak tolong aku jagakan mereka?


Kalau aku dah meninggal dunia, siapa yang nak tolong delete kan gambar-gambar aku kat Google semua ni? Siapa yang nak tolong hilangkan aib aku kat dunia ni? Demi Allah, aku taktahu kalau ada ke tidak gambar yang mampu mengaibkan aku di dunia maya ni. Aku mohon sangat supaya tiada gambar yang macam tu. Aku takut.


Aku takut kalau aku dah meninggal dunia nanti, pasti nama aku akan disebut-sebut, dan orang akan mula tertanya-tanya, siapa "Ashikin Nofal/Ieeko ni?". Lalu mereka akan mula search tentang aku, dan mereka akan selidik satu persatu tentang aku. Di Facebook aku, di Twitter aku, di Blog aku; terutamanya.


Mereka akan belek satu persatu, lalu mereka akan terlihat gambar-gambar aku waktu dulu. Aku pasti ada gambar yang menampakkan sedikit aurat aku, mungkin di tangan, mungkin di mana-mana sahaja. Dan setiap kali mereka melihat gambar aku tu, aku di liang lahad meraung-raung meminta tolong supaya Allah tidak menghukum aku.


Tanpa ku sedar, seribu, dua ribu, 20 ribu manusia akan mula melihat semua ini, dan berapa kali aku akan dihukum di alam sana? Semakin ramai manusia yang lihat gambar aku yang menampakkan aurat itu, semakin terseksa aku di sana. Meronta-ronta aku memohon supaya manusia di dunia sana untuk berhenti daripada meilhat gambar-gambar aku. Namun, tiada siapa yang akan dengar. Dan aku? Akan terus terseksa disana.


Dan bagaimana pula dengan manusia-manusia yang aku ada buat salah? Yang masih belum maafkan aku? Siapa yang nak bantu aku carikan mereka dan mohon kepada mereka supaya memaafkan aku? Dan yang paling penting, mereka akan memaafkan ke tidak? Kalau tak? Aku akan dihukum lagi oleh Allah. Siang malam aku akan dihukum, Ya Allah :[


Takut... Aku takut.. Semua ni kian kerap bermain di fikiran ku. Aku perlu berikan amanah kepada sesiapa untuk membuang segala tentang aku di dunia maya ini apabila aku sudah meninggal dunia. Supaya dosa yang sekian kala ada di dalam buku catatan aku, tidak akan tertambah dengan dosa yang kekal tinggal di dunia ini.


Mohon maafkan aku kepada sesiapa yang aku pernah lukakan hati mereka. Mohon maafkan aku sebelum terlambat.


Mohon Malaikat Maut menarik nyawa ku apabila aku sudah benar-benar menjadi ISLAM.


Dan sekarang, gantikan diri aku di dalam cebisan nota ini dengan diri anda. Mampu kah anda menahan diri dari dihukum Allah akibat aib mu yang berleluasa di dunia ini?


Assalamualaikum.



* Moga ketika nyawa ku dicabut Malaikat Maut, Rasulullah S.A.W menunggu ku di dunia sana.



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space