Entry panjang.
Sila amek perhatian!
Assalamualaikum :)
Salam Ramadhan kawan-kawan. So far puasa masih penuh tak? Aku penuh lagiii! *kembanghidung*. Okay, cakap macam dah nak sebulan puasanya kan, padahal baru dua hari hehehe. Tak salah over excited kan? :D
Alhamdulillah. Sebelum tu aku nak bersyukur yang teramat-amat kepada satu-satunya Tuhan kita di dunia ini, iaitu Allah SWT. Syukur bersujud aku kepadaNYA. Memang betul, tiada apa yang kita perlukan dalam hidup ini selain dari DIA :')
Bulan dua haritu, aku bekerja untuk salah satu bank dalam Malaysia ni. And yeap, it was hectic and exhausted. In fact, masa aku still dengan Standard Chartered dulu, aku dah set dalam kepala hotak ni yang aku dah tanak kerja dengan bank dah. I don't wanna play with people's money anymore. Penat nak kira-kira ni.
So when I left SCB, that was on my mind - no more banking field for me. Then aku cari kerja baru. Aku dapat offer dari HLB. Aku memang tanak kerja situ, serious talk. Dah la jauh. Pastu bank pulak tu. Tapi mak aku still desak aku supaya kerja situ. Syurga di bawah tapak kaki ibu, kan? Jadi, aku turutkan saja permintaan mak aku tu.
Sambil aku kerja kat sana tu, aku dok hantar resume aku kat merata tempat. Ada banyak feedback, tapi hati ni tak terbukak pulak sebab semuanya jauh-jauh belaka. Pernah jugak terfikir nak amek je kerja tu, sebab bukan semua benda datang bergolek sendiri kan? Tapi tak menjadi jugak.
Then kawan aku ada hantar resume aku kat boss dia, Alhamdulillah. Aku dipanggil untuk interview. Aku pun amek cuti kat office aku sebab aku kerja isnin - jumaat. And interview tu pun tkde yang hari sabtu or ahad. So aku pergi sana. Everything went smooth. Aku memang nak sangat kerja tu. Dekat dengan rumah adalah salah satu faktor utama. Aku dah penat nak kerja jauh-jauh ni.
Tunggu punya tunggu. Aku tak habis-habis tanya kawan aku tu, ada updates tak pasal interview tu and she said nope. And she was hoping too yang aku dapat. So satu hari tu aku tengah kerja. Aku dapat satu mesej berbunyi seperti ini.
"Hello Ashikin. I'm xxx from British Council. I'm sorry to inform you that you didn't get the job. If there is a vacancy in future, I will let you know. Thank you".
"DANGGG!" - tersentap aku. Terus macam rasa down yang teramat-amat. Aku betul-betul nak behenti dari kerja kat HLB ni. And B.C tu je la satu-satunya yang aku betul-betul berminat. Aku terus tak focus nak kerja. Angkat call kena maki pun aku tak kesah. Sebab otak aku dok fikir je pasal kena reject tu.
Aku mesej Mr.X-Man pasal benda ni. Expected - dia tau je nak cakap apa :) Aku dah tak berapa ingat apa dia cakap.
"Sabar Shikin. Jangan sedih. Bukan semua benda kita nak dalam dunia ni kita dapat. Mungkin bukan rezeki you kat situ. Jangan putus asa. Sabar. Doa pada Allah. Percaya pada Allah. Sebab Allah tu sentiasa ada untuk kita. Cuma kita je yang tak nampak. InsyaAllah, Allah tau apa yang DIA buat. Sebab DIA lah sebaik-baiknya Perancang. You sabar kay? Sorry I can't be there to calm you down :)"
Lebih kurang macam ni la. Aku pun lupa lah apa dia bebel hari tu hehe. Tapi yang aku ingat, dapat je mesej dia tu terus mata aku berair. Rasa macam down gila-gila. And rasa sayu dengan apa yang dia cakap tu.
Lepas dua bulan, aku behenti dari HLB. Tak tahan dah. Aku cari lah kerja lagi. Tapi rezeki aku belum tiba lagi, mungkin. Tiba-tiba ada orang ni suruh aku cuba apply kerja kat Qatar Airlines. Jadi stewardess. Aku tanak, tapi aku asek didesak je sampai aku dah tak larat nak fikir. Aku apply. Dan aku dapat offer dari mereka untuk interview.
Aku macam bingung kejap. Nak ke? Betul ke aku nak? Aihh. So macam biasa, aku tanya kat Mr.X-Man. Expected, dia tau apa nak cakap :)
X : Cara pemakaian dia macam mana? Tudung pakai tak?
Me : Emmm that's why. Tudung kena bukak.
X : Shikin, banyak lagi kerja yang halal dekat luar sana. You tak akan jatuh miskin kalau you tak kerja sekarang ni. InsyaAllah, doa banyak-banyak kat Allah. Jangan kejar dunia semata-mata :)
Sedap terus hati aku dengar. Pendirian aku masih lagi sama. Aku memang tanak kerja tu. Sebab aku rasa buat apa aku nak buat sesuatu yang memang tak akan mendapat keredhaan Allah? So aku pun keep on trying to find a job.
Sebulan lepas tu, aku dapat satu panggilan dari satu agency ni. And I went for the interview. And I passed. Alhamdulillah. And kerja aku macam biasa, angkat call. Tapi kali ni bukan untuk bank, tapi untuk Airlines. Aku suka. And aku kena handle satu market je, which is Australia. Yeap, kerja aku adalah bercakap dengan orang Aussie je.
Sampai la satu masa tu, aku dapat phone call yang tersangat-sangat lah perit untuk didengar. Call tu lama dia dalam 5 minit kot. Apa yang aku dengar hanya lah perkataan-perkataan yang tidak senonoh. Memang menguji kesabaran aku katanya.
Customer : Fuck you. Asshole. Fuck it. You fucking immigration!
Aku : *Diamseribubahasa*
Customer : Fuck fuck fuck fuck! Are you there??
Aku : Yes Mr.xxx, I am still here.
Customer : Oh you bloody hell. Fuck you asshole. You better move out from Australia, fucking immigration people!
Aku : Mr.xxx I would appreciate if you could stop saying those harsh words. If not, I'm afraid that I have to drop this call.
Customer : Ah fucking assholes *dropthecall*
Ya Allah, pedihnya hati ni macam nak aje aku terbang pergi ke Australia tu jumpa mamat ni and cakap "I don't live here, I live in Malaysia. The most peaceful country on earth. So don't you dare to call me immigration people again!". Gitu kawwww, niat aku memang sampai bebila pun tak kesampaian haha.
So aku bersabar je la. Nak buat macam mana. Actually aku dibenarkan untuk cakap kat diorang ni yang kitorang based kat Malaysia. Tapi aku malas nak bercakap dengan orang tua tu haa. Serious, dia tua okay -.-'' What a grumpy old man!
Lepas dah kena benda tu, aku diam je. And berfikir "Sampai bila aku nak kerja angkat tepon je? Kenapa aku tak try kerja office je?". Tapi aku ada niat nak cuba bertahan lama dekat company ni sebab aku tengok kerja dia pun takde lah susah mana. And gaji, Alhamdulillah better dari beberapa tempat yang kerja dia banyak gila.
So nak dibuat cerita, memang betul lah Allah tu sebaik-baik perancang. Aku ditarik jadi back-office and kerja aku hanya lah handle emails2 dari customer. Ya Allah seronok boleh tak? Apa yang aku nak, Allah bagi. Aku tak pernah apply untuk kerja back office tu tau tak? Tiba-tiba je diorang cakap diorang nak aku kerja kat back office and just layan emails. Ya Allah! Seronoookkkkk :')
Nampak tak Allah punya plan? Mula-mula aku tak dapat BC, aku sedih. Aku dapat offer dari Qatar, aku tolak. Last-last aku dapat kerja yang betul-betul aku nak; Airlines company. Dekat dengan rumah. And tak payah angkat calls dah. Just buat emails. This is the first time aku ditukarkan department dalam satu company. Alhamdulillah.
Jadi, jangan lah bersedih bila kita tak dapat apa yang kita nak. Sebab sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang tahu samada benda itu elok ataupun tidak untuk kita. Dan DIA mempunyai rancangan yang jauh lebih elok buat kita semua, InsyaAllah :)
Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Berkat kesabaran ku telah Kau kurniakan dengan sesuatu yang diluar jangkaan ku. Alhamdulillah. Sesungguhnya Engkau lah sebaik-baiknya Perancang :)
Have faith in Allah. InsyaAllah, you'll get something that is beyond than your expectation :)
* How can we ever live without Allah? :)
* How can we ever live without Allah? :)