Sunday, April 15, 2012

I Miss The Year Of 2011; I Miss "That Person".










Assalamualaikum my dear friends.


First of all, thank you sebab ramai yang concern and bagi comment-comment yang buat aku tersenyum. I'm gonna approve and reply it soon :) Thank you again.


Um, so - as I fed my neighbour's cat yesterday, suddenly it hits me. I miss last year. I mean, I miss the 'temporary' side of someone. Which is it's very hard to get nowadays. I missed those moments so much.


I know I shouldn't blog about it, but this is the only way for me to let 'that person' know what I've been kept for the past few months. I know 'that person' will read this entry, for sure. But 'that person' will do nothing about it; I know. 'That person' wont bother much about this silly thing.


To be honest, I don't know what to write. I just know that I miss last year. There's no other people that I want to see now, except for 'that person'. Not even my bestfriends. No one. But only 'that person'.


I miss those moments where I feel secured, safe, and happy. And tonight, I need 'that person' to make me feel secure, safe, and happy again. Or maybe just to make me feel okay back. That person knows exactly what to say every time 'this' happens.


Lately, I don't know why; I feel like 'that person' is starting to change. I feel a bit different about this. But .. nevermind, I have faith in Allah. Sigh. Whatever. Maybe I just misses 'that person' so much till' I get upset and start to over-think about everything. I am an overthinker, right? Or maybe its true, I'm just a mistake. My existence is a mistake.


Last year was .. nice and happy. Not to say I'm not happy this year. I am. But I really miss last year. That year was .. sweet.


The year of someone did not afraid to say what they felt, not afraid to show what they felt for me, not afraid to tell me things that I always wanted to hear. You know that kind of moments? Yeap. Priceless.


I don't do this very often - blogging about 'that person'. But I just got to do it tonight. Who knows this could be my last entry? I might die anytime from now. So cut the crap, let me just voice out what I really feel tonight.


I miss last year. I miss you.






  • 2011; the year of I was the only one that 'that person' wanted to see almost every single day.
  • 2011; the year of my phone wont stop receiving msg/call from 'that person' every minute.
  • 2011; the year of where the 'late night phone calls' happened.
  • 2011; the year where I feel loved.
  • 2011l the year where I feel needed.
  • 2011; the year where I feel like I belong to 'that person'.


QQ : Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Me : *kaku* Haha kenapa ni?

QQ : Entah, tiba-tiba rindu. Tak salah kan I rindu you?

Me : Tak salah :')



I miss 2011 so much. Badly. Can I have that moment back, please? Just one more time, and I promise that I wont ask for it again. I swear.


Till then,


Assalamualaikum.




I'll try harder.
Maybe after all, we're just meant to be friends.
Not more than that.
I'm just a mistake.





* I'm tired of hiding what I feel inside. I'm sorry that I need to spill tonight. The least you can do now, is just to ignore this entry. Thank you.


Cinta Itu Terletak Di Hati, Dan Hati Itu Milik Allah.










Ya Allah,
Kuat kan lah hati ini.



Assalamualaikum :)


Kawan-kawan, semoga anda semua baik-baik aje. Aku macam biasa, ada naik ada turun. Insyaallah, semoga hati aku ni sentiasa tabah dengan dugaan-Nya :)


Alhamdulillah, harini aku lebih kuat berbanding semalam. Otak yang sentiasa bekerja tidak kira masa dan hari, akhirnya terbehenti sebentar. Ternyata akhirnya otak aku keletihan. Terasa sedikit di dalam hati ada seperti mengalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Hati aku terasa seperti tersangat lah penat. Penat dengan permainan dunia :)


Namun aku tahu, Allah lebih gemar jika hamba-Nya sentiasa berusaha.


"Orang yang tidak berusaha dan sentiasa menyerahkan segala-galanya kepada Allah, sebenarnya adalah orang yang sangat lemah. Kerana Allah gemarkan Hamba-NYA yang sentiasa berusaha" - Kata aku.


Insyaallah, aku akan cuba berusaha dengan lebih kuat, namun hati aku tiba-tiba bertanya; sampai bila aku hendak menjadi 'orang' yang sentiasa berusaha? Perlu kah aku berehat sebentar dan melihat jika ada mana-mana manusia yang sanggup untuk buat apa yang aku buat selama ini untuk aku?


Dulu aku sangat kuat. Aku boleh terima semuanya yang muncul di depan aku. Tapi semakin lama aku semakin lemah. Terasa seperti ditikam hidup-hidup oleh orang-orang yang aku sayang. Terasa bodoh dan bangang apabila semua yang aku buat, semuanya di ambil mentah-mentah oleh mereka.


Sesungguhnya, memang aku bodoh. Aku sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang aku sayang. Tapi aku selalu tertanya, mengapa aku jarang sekali dapat semua itu dari mereka semua? Lama aku berfikir, baru aku tersedar. Semua ini ada hikmah-NYA. Mungkin Allah mahu aku sedar yang sememangnya aku tidak perlukan manusia. Aku hanya perlukan DIA.


Manusia memang tidak pernah nampak dan tunjuk perhargaan mereka kepada orang yang mereka sayang semasa mereka masih dalam genggaman mereka. Bila sudah terlepas, baru terasa menyesal. Tapi aku sumpah tersangat lah penat dengan semua benda sekarang.


Cukup lah, aku memang kali ini hanya ingin mendiamkan diri dan tunggu. Tunggu sampai bila mereka mula mencari aku kembali. Kerana hati aku ini, semakin lama semakin remuk.


Wahai diriku,


Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.


Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.


Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai diriku,


Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?


Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.


Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Ya Allah, terasa seperti sangat sunyi. Aku tahu aku hanya perlukan-MU. Ya Allah, kembalikan kekuatan ku untuk menghadapi semua ini. Dan mmang benar, damaikan lah hati ini dengan ketentuan-MU jikalau dia bukan lah untukku.




Bila di balik perempuan yang bersinar terdapat lelaki yang meninggalkan luka di hatinya, sesungguhnya di balik lelaki yang bersinar terdapat perempuan yang senantiasa mendoakan dirinya.



It’s that moment where you turn off the lights and you’re alone with your thoughts, and you realize that you really can’t find comfort from anywhere else. You just pray. Because you know, HE IS LISTENING. ALWAYS.


Aku redha. Aku terlalu penat untuk terima hati aku yang diberi oleh Allah, disakiti lagi oleh manusia-manusia di muka dunia ini.



* And no. My heart is not cold. But it's broken.

Saturday, April 14, 2012

Hati Seorang Muslim Perlu Kuat.







A short entry.


Assalamualaikum.






Kenapa hati muslim kena KUAT?


Kerana muslim ada Allah.

Kerana muslim percaya pada Allah.

Kerana muslim hanya bergantung harap pada Allah.

Dan kerana muslim sentiasa yakin pada Allah.



Dan, bila hati ada Allah,

Yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,

PEMILIK dan PENENTU segala-galanya.



Bagaimana mungkin, sekarang ini,

Hati muslim begitu rapuh dan lemah?

Apakah yang menjadi punca di sebalik kelemahan ini?




Astaghfirullahalhazim, apa dah jadi dengan aku sekarang ni?






Ya Allah, bantu lah aku untuk menjadi kuat. Ya Allah bantu lah aku untuk menjadi tabah. Sesungguhnya hanya Engkau Penentu segala-galanya. Dan hanya Engkau lah Tuhan aku.




* Aku mendoakanmu dalam hati, dengan suara yang pelan sekali. Lalu air mata terurai tanpa kusadari.


Wednesday, April 11, 2012

Jangan Putus Berdoa.






Sometimes you don’t realize how badly you miss someone,
till you just cry in your pray (during doa).




Assalamualaikum.


Hey kawan-kawan. Selamat hari Rabuuuu. Pagi tadi bangun macam blur kejap otak ni; "Harini isnin ke? Or ahad? Eh hari apa ni?". Terus bingung otak aku ni. Jarang sekali aku mengalami benda-benda macam ni.


Dan semalam jugak, aku kena 'hempap' dengan 'benda' tu lagi. Tapi this time takde la suara or apa-apa, cuma setiap kali aku baca surah, bergegar la seluruh badan aku. Aku perasan kan, setiap kali aku terlalu penat, ataupun masa aku tersangatlah down, mesti 'benda' ni muncul. Hish, aku ingat la kan, dia nak jadi a shoulder to cry on kot *okay, memain la kau cikunn!*


Em lately ni, aku taktahu kenapa aku macam down and setiap kali tutup mata, mesti hati ni macam tak sedap and rasa berdebar-debar. Rasa ada je benda yang tak kena. Nak menangis tapi takde sebab. Tapi kalau tak nangis, rasa dada tu macam ketat sangat. Macam nak meletop. Entah la. Pelik aku.


Ahh, korang pernah tak rindu kan seseorang sehinggakan korang menangis dalam doa korang selepas selesai solat? Jujur lah, lately ni memang kerap sungguh aku ni 'ter'menangis masa tengah doa. Ter eh. Ter :'P


40% kerana rindu, 60% kerana meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk menjadikan aku kuat dalam menghadapi semua rintangan dan dugaan di dunia ni.


Korang pernah tak time korang down, ataupun terlalu sedih, korang rasa macam nak je jumpa someone yang boleh buat korang okay balik? Ada tak someone yang boleh buat korang macam tu? Contoh, macam mak korang ke? Adik korang ke? Kawan baik korang ke?


Aku, jujur lah. Ada. Time aku down or sedih sesangat, mesti aku nak jumpa someone tu. Entah kenapa. Pelik bebenor bila aku fikir balik sekarang ni. Kadang-kadang takut pulak kan dia rimas dengan perangai aku ni. But serious, kalau aku tak dapat jumpa someone tu, jumpa suami-suami aku pun aku rasa aku dah boleh okay balik. Dengan perangai bangang sekor-sekor, siapa tak boleh gelak en -.-'


Lately ni ramai cakap aku sering muram dan aku tak macam dulu, jenis happy go lucky, otak gila dan seronok bersama-sama. Aku pun taktahu kenapa. Moga-moga takde la apa-apa buruk yang terjadi kat aku.


Dan semoga entry ini bukanlah entry yang terakhir dari aku untuk korang semua. Insyaallah :)


And yes, I missss youuuuu xx








Kalau rindukan seseorang, angkat tangan dah berdoalah pada Allah;
"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ________ [nama penuh insan tersebut] sehingga aku menjadi kerinduannya.


- Almost setiap hari aku buat benda ni.
Alhamdulillah, sekali setahun pun cukup lah kan aku menjadi kerinduannya daripada takde lsg kan? :')







Pesanan dari Mak Mr.X-Man kepada aku.
Insyaallah, Shikin tak akan putus berdoa, mak :)




Kalau anda berasa sungguh kecil, mahupun terasa seperti anda tiada siapa-siapa di dunia ini, berdoa lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada. Cuma kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Yakin lah kepada Allah.


Dan jika rindu kan seseorang itu, berdoa juga lah kepada Allah. Mohon lah kepada-Nya supaya rindu kita itu akan disampaikan kepada orang berkenaan. Dan sesungguhnya, jangan lah rindu kita sesama manusia melebihi daripada rindu kita kepada Rasulullah S.A.W dan juga kepada yang Satu; Allah S.W.T


Apa-apa pun, jangan pernah putus berdoa. Allah sentiasa dengar. Susah dan senang, berdoa lah. Insyaallah, segala urusan kita akan dipermudahkan. Amin.



Ya Allah, aku memohon keampunan dariMU. Terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan. Bantu lah hambaMU ini untuk mengharungi susah senang di dunia ini supaya aku akan sentiasa tabah untuk mengejar bahagianya di SyurgaMu nanti. Insyaallah. Sesungguhnya Engkau lah Satu-satunya Tuhan Kami. Amin.




* When you’re going through something hard and you start wondering where Allah is. Just remember the Teacher is always quiet during a test :)




Sunday, April 8, 2012

Silapnya Seorang Perempuan.






Silapnya seorang perempuan ialah,

Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.

Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.

Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.



Makanya,

Selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.

Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,

Jangan memberi segala-galanya.



Bila kita terlalu mudah memberi,

Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.



Renung-renung kan lah wahai perempuan :')


Ada ketika nya kita perlu berhenti untuk menjadi 'segala-galanya' untuk orang yang kita sayang. Ada ketika nya kita perlu diam seribu bahasa untuk melihat sejauh mana mereka mampu untuk pergi, semata-mata untuk dapatkan kita semula.


Belajarlah untuk menyayangi manusia dengan sederhana.







Hati aku kerap berdebar-debar sekarang ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab hati tak tenang. Ingin meluahkan, tapi lebih elok memendamkan sahaja dalam hati. Kurang disakiti, dan kurang menyakiti.


Perempuan kalau dah sayang, memang sanggup susahkan diri sendiri untuk orang yang dia sayang tu kan? Benda ni memang normal :) Antara dihargai oleh orang tu ataupun tak je.


Jadi perempuan, bersabar lah selagi mampu. Redha je la dengan semua yang berlaku. Insyaallah, mata lelaki-lelaki di dunia ni pasti akan terbuka juga satu hari nanti, dan mereka akan nampak segala usaha kita. Insyaallah, dengan izin-Nya :)


Insyaallah, insyaallah, insyaallah.



* Salah kita jugak. Tak pernah setia dengan Allah S.W.T. Asek manusia je yang kita cari. Last-last manusia entah ke mana, Allah jugak yang kita cari.


Wednesday, April 4, 2012

Perempuan Memang HARUS "Memilih".







Lelaki soleh digalakkan berkahwin dengan perempuan tak solehah,
Tetapi perempuan solehah tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki tak soleh.
- UAI.




Assalamualaikum kawan-kawan :)


Aku kurang sehat la minggu ni, sorry lah eh jarang update. Takde masa untuk tengok lappy ni ha (bajet macam ada orang tunggu update dari aku je en? Puiii). Maafkan aku kalau aku ada cakap merepek or ejaan macam pelik-pelik ke, sebab aku tengah 'high' baru lepas makan ubat yang begitu banyak yang boleh buat aku muntah setiap kali aku tengok ubat-ubat tu.


Walaupun tengah 'high', tapi gagah jugak aku nak berblogging kan? Sangat wanita sejati (takde kena mengena). So, lagi sekali sorry kalau aku bakal tulis merapu-rapu. Nyehhh.


Okay, entry ni sebenarnya aku tulis lama dah, tapi itu lah, tak tercapai hajatnya untuk publishkannya. Asek save ke kan, publish nye idakk jugak. So malam ni, sempena esok aku MC, aku pun membuat keputusan untuk habiskan apa yang telah aku mulakan dan menaip sambil senyuman yang sangat manis dan ayu di muka bulat aku ni. Aummmm.


Haritu, masa tengah online fesbuk, ada la kawan lama aku time sekolah dulu-dulu bertanya kan sesuatu kat aku;






Meh aku tulis balik apa yang dia tulis, in case korang tak faham kan.


SH : Ikin dah kawen belum?


So masa tu aku tengah amek mood untuk tidur la kan, sekali tu tersengih jugak la aku dalam bilik tu. Asal la bila lama tak jumpa je mesti soalan 'kawen' yang muncul? Cuba tanya "Eh Shikin, kau bawak kereta Audi Q7 eh? Haritu aku nampak" ke kan, confirm aku senyum lebarrrrrrr :D






Jawapan common. Ataupun - jawapan retis. Aku pun taktau bila aku kawen kan, tuptup tahun depan. Haaaa tak terkejut semua orang? So untuk selamat, cakap je lambat lagi. Mr.X-Man pun takde niat lagi nak hantar rombongan merisik kat aku. Ehek ehek ehek (gelak gedik + gatal please).







Tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, reply yang sangat common jugak di zaman sekarang ni. Asal cakap takde boifren je mesti depa semua assumed kita ni memilih. Asal cakap kawen lambat je, mesti cakap kita memilih. Apa punya mindset la orang melayu kita ni?


Jadi kerana aku dah banyak kali dapat reply macam ni, makanya malam itu aku cakap something yang aku rasa memang harus pun perempuan semua buat macam apa yang aku cakap ni.






Zasssssssssssss. Pedas sekali aku balas kat muka depa semua. Setepek duatepek, bertepektepek kat muka kena. Hmph. Bukan apa, tapi memang betul la kan apa yang aku cakap tu? NAK CARI SUAMI YANG SOLEH KENA LA MEMILIH. ITU SATU BENDA YANG HARUS BAGI SETIAP PEREMPUAN.


And yes, AKU MENCARI BAKAL SUAMI, BUKAN BAKAL BOYFRIEND. I had enough with all this monkey-gorilla-kingkong love. I'm searching for a true love and I hope it would be my last. I want to find someone who could spend the rest of his life with me, in halal-way. Insyaallah.


Sebelum kawan-kawan aku cakap macam ni kat aku, ada la jugak nak dekat 20 orang kata macam tu kat aku, tapi aku chill je. Lantak pi la depa nak cakap apa pun. Untuk aku, mulut orang kita tak leh nak tutup, so biarkan ianya tertutup sendiri.


Selalu diorang akan cakap "Tak get over lagi ke ex awak tu?". Ni lagu satu feedback yang sangat fofular yang aku sering dapat selain daripada "memilih" tu. I've said it once, and I've said it twice, but its okay, if it takes a hundred years for me to keep on saying this, I will - No, aku dah over ex aku lama dah. It has been 3 years plus, and ramai jugak yang mintak tips dari aku untuk 'melupakan' ex-ex mereka.



"Berdoa, mengadu pada Allah, keep on reminding yourself that you are priceless and strong, and you CAN live without anyone in this world including your family because eventually, people leaves. If kau happy sebelum jumpa mereka, you can be happy without them. And yang terakhir; you have Allah near to you. You don't need anything else :)"



- Nasihat aku untuk mereka. Aku kekal kan benda-benda ni kat diri aku masa zaman kejatuhan aku dulu. 4 years been together, but takdir Allah dah menentukannya, kami berpisah dengan cara yang kurang baik. Dan Alhamdulillah, kurang dari setahun, aku dah dapat lupakan dia. But I will never say no if any of my ex-es nak jadi kawan dengan aku balik. Let bygone be bygone kan :)


Tapi lepas je kawan-kawan aku tu tanya kat aku gitu (sambung balik), makin ramai pulak 'sang arjuna' datang mai kat aku dan bertanya tentang 'status' aku. Bila aku kata single, semuanya cakap 'Awak memilih sangat ke?". Emmm, agaknya semua lelaki memang berfikiran kolot sebegini kot kan? Dan kerana aku dah 'puas' dapat feedback macam tu, aku pun dengan senang lenangnya meng-hapdet status di fesbuk.





Orang selalu cakap aku single sampai sekarang sebab aku memilih sangat. Meh sini aku bagitau kat hangpa semua. Yes memang aku sangat memilih. Kenapa? Sebab aku bukan cari bakal boyfriend. Tapi aku cari bakal suami. Dan semua perempuan HARUS memilih dalam bab mencari bakal suami sebab kami semua perlukan seorang pemimpin yang mampu untuk membimbing kami ke Syurga-Nya. Ada faham? Bagus kalau dah faham.



Akhirnya terkeluar jugak benda ni dari mulut aku. Memang malam tu niat aku memang untuk bagi lelaki-lelaki yang pernah bertanya kat aku tu untuk berasa sedikit 'sentap' di dada mereka semua. Maybe agak poyo, but well, at least I got my point. Don't you think so?


Memang perempuan harus untuk ada sikap memilih dalam mencari pasangan ni. Sebab dah memang tertulis di dalam Al-Quran, dalam keluarga lelaki(suami) adalah ketua keluarga. Tak akan la kalau kita dah tersuka dengan orang yang hisap dadah/main dengan ramai perempuan, kita masih nak jadikan dia bakal suami kita? Suka macam mana pun, sebagai perempuan kita kena fikir jauh untuk masa depan kita jugak.


Nak ke kita diseret ke neraka dengan bakal suami kita yang tak mampu untuk membimbing kita ke Syurga-Nya? Cakap lah aku ni poyo or whatsoever, aku tak kesah. Aku tetap jugak dengan pendapat aku. Biar aku memilih dalam mencari bakal suami aku, asalkan aku berjaya kat dunia dan akhirat.


Terpulang lah pada diri masing-masing kan, ada jenis yang tak memilih, ada yang jenis memilih. So ikut suka korang. Hak masing-masing. Kalau untuk korang lelaki tu ada sifat pemimpin, do not let go! Seriously. Jangannnnnnnnn. Sebab rugi lah kalian jika melepaskan lelaki yang elok akhlak dan agamanya untuk lelaki yang manis hanya dibibirnya.




Mr.X-man : I rasa I takde sifat pemimpin lah. Hmm.
Me : Kenapa pulak you cakap macam ni?
Mr.X-man : Entah la. I rasa macam I tak boleh nak jadi suami yang bagus satu hari nanti.
Me : Memang sekarang ni you tak nampak lagi yang you boleh memimpin isteri and keluarga you. Tapi I dah nampak.
Mr.X-man : Maksud you?
Me : I can see you raise your wife and child dengan eloknya satu hari nanti. To be honest, ramai lagi lelaki kat luar tu yang baik, tapi I nampak you boleh bimbing bakal isteri you ke jalan yang benar :)
Mr.X-man : Insyaallah.



Jujur, aku nampak Mr.X-man ni seorang lelaki yang sangat nakal, tapi kalau bab agama, hukum aurat dan sebagainya, memang aku serahkan semuanya kat dia. Memang I could trust him on that. Aku boleh nampak dia didik anak-anak suatu hari nanti. And keluarga yang paling bahagia ialah keluarga yang sentiasa mengikuti perintah Allah. Dan untuk mendapat itu, kita; perempuan, harus memilih lelaki yang soleh dan yang mampu untuk bimbing kita.


Sedar tak sedar, entry kat blog aku ni banyak ke arah agama kan sekarang? And aku sedar, diri aku menjadi seperti sekarang sejak aku mulai rapat dengan Mr.X-man. Alhamdulillah, Allah dah tetapkan takdir aku untuk ditipu, dihina dan dilukai dengan 'masa lepas' aku kerana DIA mempunyai sesuatu yang lebih berharga untuk aku :')


Terima kasih Ya Allah. Dan disini, aku nak cakap jutaan terima kasih kepada EX-ES aku for whatever you guys has done for me, the pain, the joy and mostly, the memories. You guys has taught me to be stronger than I was before with whatever pain that I had to deal with. And now, I'm proudly to say that I am getting better each and everyday for that I have a guy that leads me to HIS Jannah, Insyaallah. :)


Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman bercinta aku dulu banyak mengajar aku untuk menjadi matang. Dan dengannya Mr.X-man sekarang di dalam hidup aku, aku sangat sangat bersyukur yang aku kini semakin bijak untuk berfikir tentang masa depan aku di sini; dunia dan di sana; akhirat.



Me : Nanti bila besar, you didik ah anak-anak sesorang eh. I goyang kaki. Ngehhh.
Mr.X-man : (diam) .. Boleh. Tapi ...
Me : Tapi apa?
Mr.X-man : Tapi I mati cepat lah (sambil ketawa).



Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah. Jangan putus asa wahai wanita. Mungkin korang pernah disakiti, dilukai, ditipu, dicurangi oleh masa lepas korang. Jangan putus doa (aku cilok ayat mak Mr.X-man yang dituju kepada aku haritu ketika aku sakit :'D) dan yang paling penting, cuba buka mata anda untuk menilai sejauh mana lelaki itu boleh membimbing anda.


Mampu kah mereka membimbing anda hingga ke Syurga? Atapun mereka hanya mampu untuk membimbing anda di dunia sahaja? Berfikirlah sedalam yang mungkin. Kerana aku pasti, kita; kaum hawa, hanya mahu yang terbaik dari yang terbaik :)


Alhamdullilah, aku berada di puncak di dalam hidup aku ketika ini. Dan jujur, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar Mr.X-man adalah jodoh ku. Kerana aku tahu, dan aku pasti, dia mampu membimbing aku untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah suatu hari nanti.


Kalau sekarang pun dia boleh bimbing aku ke arah kebaikan ketika masih dalam hubungan sebagai 'kawan', apatah lagi bila dah di dalam hubungan 'suami isteri' kan? Insyaallah. Semoga dia yang terakhir.


Mr.X-man, I know you will read this entry. Keep on smiling whenever you see your name here :P



* Memilih untuk kepentingan sendiri tak apa. Tapi biar lah berpada-pada. Dan maaf, aku mencari bakal suami, bukan bakal boyfriend :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space