Monday, August 31, 2009

Kerana selesa, ataupun sayang?


Hello rakan seperjuangan :]
Selamat menyambut merdeka!
Hooraaayyyy ~
Merdeka :)
Haha.


Okay, izinkan aku berceloteh lagi,
Boleh?


Tibe² aku teringatkan satu persoalan yang diajukan kepada ku oleh rakan kerja ku pada bulan lepas.
Ketika itu aku sedang menjamu selera.
Lazat.
Tiba² Mr beck berkata kepada Choy,
" Hah choy, kau tanye la dekat Shikin, soalan yang kau tanye aku haritu ".
Aku yang macam blur ni pon terus memandang Choy.
" Soalan ape Choy? "
" Hah Shikin So'ot, aku nak tanye kau something, kejap eh " - Balas Choy yang ketika itu bangun untuk membersihkan tangannya dari sisa makanan tadi.
Aku terus menunggu dengan sabar.
Aku cuba nak korek dari Mr Beck, tapi time² tu jugak la kan dia jadi pelupa.
Selalu aku yang kena marah sebab pelupa + blur.
Ceh.


Lepas 5mins,
Choy muncul.
Then tiba² dia tanye,
" Shikin, kau jawab eh, ni terpulang kepada individu tau. Kau akan bersama dengan orang tu sebab kau selesa dengan dia, ataupun sebab kau sayang dia? ".

...

Tercengang aku.
1st time aku diajukan soalan sebegitu.
Aku mengambil masa lebih kurang 50saat untuk menjawab persoalan Choy tersebut.
Lantas aku bersuara,


" Sayang. Aku lebih prefer kerana sayang dari selesa. Sebab perasaan selesa tu, kite boleh "create", tapi perasaan sayang tu tak boleh. Dia akan datang bila dia nak datang, dia tak boleh paksa. And perasaan sayang itu indah, susah nak dapat. Perasaan selesa tu senang je, kau pergi tandas, kau nampak orang tu senyum kat kau, kau senyum balik, time tu kau da rase selesa sikit dengan orang tu. Tapi sayang tu, hm susah. So jawapan aku, sayang lah. Hm sayang sayang sayang! ".


Choy terdiam.

Lalu dia menjawab,


" Oh okay, itu jawapan kau. Aku respect. Tapi kalau aku, aku prefer sebab selesa dari sayang. Sebab kalau sayang, kalau orang tu buat benda yang teruk, perasaan sayang tu boleh berubah kepada benci. Kalau da benci, susah nak sayang balik. Tapi kalau perasaan selesa tu, walaupun kau da benci dia, tapi perasaan selesa tu masih kekal. Macam umpama mak kau asek pokpekpokpek je kat kau, marah kau tu semua, tapi makcik kau plak, support kau semua benda, so kau rasa macam bahagia je, sayang makcik kau tu. Tapi if one day tibe² makcik kau cakap something, kau boleh benci dia and da tak selesa dengan makcik kau tu da. Tapi kalau mak kau, walaupun dia pokpekpokpek everyday, tapi tetap kau selesa dengan dia, kan? Tu la beza selesa dengan sayang. Tapi betul gak cakap kau, perasaan selesa tu kita boleh "create" bila kite da sayang orang tu. So dua² ada kelebihan kot. Hm betul gak cakap kau tu Shikin. "


Kali ni,
Aku yang terdiam.
Hm.



Tapi tetap, aku tak puas hati.
Lalu aku membalas,


" Tadi kau cakap, kalau da sayang, perasaan tu boleh berubah jadi benci kan kalau orang tu buat benda teruk? Tapi kalau diri kite ni da memang tak boleh nak membenci orang tu, harusla perasaan sayang tu terus melekat kan? Kalau hati da memang tak boleh nak benci, memang tak boleh Choy. Aku rasa benda tu susah kot. Selalunya kalau orang da sayang, seteruk mana pun orang tu buat dia, memang tak boleh nak benci kot. Setahu aku la. Tapi kalau yang dapat benci tu, bagus la kot. Tapi kalau tak boleh, pergh merana gak la an. "

" Hm, betul gak " - Choy membalas.
Mungkin dia ternampak air muka aku yang berubah ketika berkata sedemikian.
Mungkin dia dapat lihat point yang aku cuba sampaikan.
Mungkin dia memahami perasaan ku ketika itu.
Mungkin dia dapat rasa apa yang aku rasa.
Hm, semuanya mungkin.
Ye, mungkin.


Jadi persoalan ini aku ingin bertanya kepada korang semua pulak,



Korang pilih mana satu?
Kerana selesa,
Ataupun sayang?

Sila fikir sebelum menjawab yea :)
Kedua²nya mempunyai kelebihannya tersendiri.
Fikirkan lah sebelum membuat keputusan.



--


" Perasaan sayang itu sangat indah.
Hanya orang yang pandai menghargai sahaja yang dapat merasakan betapa indahnya perasaan sayang itu. "







Thursday, August 20, 2009

Dari hati seseorang yang bergelar "Kawan".








Aku tengah chat dengan kawan aku,
Well penah banyak kali aku mention his name dalam blog ni.
Mr Beck,
Remember? :)
Haha.










Tengah chat,
Then mengimbau kenangan² lama,
Then tiba² dia bagi aku satu essay ni.
Aku cakap ape tu,
Then die suruh aku baca,
Well, why don't we read it together friends? :)










...









Aku punya sorang kawan,
Dan aku sangat-sangat sayang pada dia.
Aku sayang dia macam dia tu awek aku.
Kawan aku penah tanya,
" Tinggi mana sayang kau pada dia? "
Jawab aku,
" Lebih tinggi dari orang lain ",
" Habis tu takkan takde perasaan cinta langsung pada dia? "
Sekali lagi kawan aku cuba memancing.
Heh, pandai betul dia ni.
Aku cakap aku sayang dan cinta semua kawan-kawan aku.
Sayang dan cinta tu bukan tuk orang yang berkasih-kasihan je,
Untuk kawan-kawan pun boleh.
Terdiam kawan aku.
Aku sambung lagi, aku dengan dia lebih tinggi dari sahabat,
Tapi bawah sikit dari pasangan bercinta.
Buat kawan aku tu terdiam.
Ntah faham atau tak.
Ada kawan penah tanya, apa kau boleh teruskan dengan semua tu?
Ringkas je aku jawab,
" Esok pun aku tak tau samada aku hidup atau mati, Tapi aku masih lagi merancang apa nak buat esok. "
Kawan aku garu kepala.
Walaupun aku tau kepala dia tak gatal sebenarnya.







---




Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.



Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.
Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.



Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.



Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’,
'selamat tidur’
, ‘take care’, dan lain-lain lagi.

Walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
Menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan aku CINTA padamu, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.



Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.



Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga.
Walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.




Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.




Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.




Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.




Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.




Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.




Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
Pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ .





Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.




Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.




Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.




Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!
Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.




Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.




Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.




Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.




Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.





“ Pernahkah sesiapa berbuat seperti di atas ini kepada kamu?
Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut,
Kamu akan menyesal melakukannya! ”














Cinta untuk dinikmati, bukan untuk ditangisi.
















---










Wow.
Seriously bila aku baca, mata berair kot.
Hebat jugak orang tua tu buat karangan ni :P
Haha.
Selalu aku buat dalam English,
Ni dia bagi kat aku plak, in BM yeah!
Hah hambek kau Shikin ;P
Walaupun agak jiwangs,
Tapi try untuk menyelami maksod²nya.
Pasti anda memahami :)







...








Me: karangan ni untuk semua org di luar sane ke? :)
Him: generally
Him: specifically 4 u la.







Monday, August 10, 2009

Missing you la :'(












Huwaaaa,
Bile nak ketemu ni :(
Rindu gile weh!
Tak tipuuuuuuuuuuuuuuu.





























Friday, August 7, 2009

Dunia ini berputar².







Hello korang,
Semakin lama semakin menyepi rakan² blog aku.
Kemana kah mereka?
Aku buntu.


Sekarang emosi aku tidak betul.
Agaknya kerana sakit kot?
Mungkin.
Alangkah bagusnya jikalau aku ada doctor peribadi,
Mungkin dia ada jawapannya kan?
Aku suka termenung sekarang.
Tak kira tempat mahupun masa.
Aku pantang duduk berseorangan,
Pasti emosi akan jadi kucar kacir (?),
Aku perlukan kawan disekeliling.
Hm.


Pernah tak korang jalan kat mana².
Lepas tu korang nampak this 1 old couple,
Dalam umur 70+ jalan² sambil pegang tangan?
Sweet kan?
Aku suka gila tengok orang macam tu.
Walaupun da tua, but sweet tu masih kekal.
Cinta tu tak kemana kata orang.
Aku selalu berdoa agar aku pun akan jadi macam tu suatu hari nanti.
Insyallah.


Sekarang ni,
Susah kita nak tau siapa sayang kita, siapa yang tidak.
Benar?
Sebab semuanya betopengkan syaitan.
Depan baik, belakang?
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Bila kita di atas,
Orang dibawah dengki,
Tapi bila kita dibawah,
Mereka di atas,
Mereka mentertawakan kita.
Ape manusia la kan macam ni.
Tapi itu la, dah jadi lumrah alam.


Orang cakap,
" Yang pergi selalu nya adalah bukan yang terbaik untuk kita. Pasti yang lebih baik akan menyusul kemudian ".
Benar ke?
Hm, harapan aku sangat tinggi.
Moga² ape yang dibual²kan oleh orang semua adalah betul.
Sudah la Shikin,
Bukan semua benda kita nak, kita pasti dapat.
Tawakal je la.
Apa depan mata, amek.
Jangan dah takde baru menyesal kemudian hari.
Haih.
Ape tah la aku merepek ni.
Eee, tension sungguh emosi berserabut ni.
Dengan ditambahkan dengan mimpi yang pelik.
Hekelennnn.
Bikin aku panas je kan.



Betul ke ape yang kite mimpi selalunya akan terjadi sebaliknya?
Contohnya kalau kita mimpi kita dapat E untuk subject Math,
But end up, kita dapat A?
Macam tu?
Habis tu kalau aku mimpi bila besar aku jadi maid,
Then kenyataan nya aku kawin dengan orang kaya ke?
Macam tu?
Aahh, ni semua mainan syaitan.
Kan kawan²? :)


Dah la,
Kalau aku tulis lagi,
Makin merapu agaknya.
Selamat tinggal rakan².
Semoga mendapat mimpi² yang indah yang boleh mengukir senyuman di kala pagi ketika bangun tidur :)
Bye

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space