Tuesday, July 29, 2008

My precious;)



Okay, since kittun suruh aku tunjuk picture² kucing aku, so yeah, ini la kucing² aku. Aku pun memang da lama plan nak letak pic kucing² aku. Hoho. Ala, 3 ekor je:)
Dulu banyak la, now mak aku kata ' tunggu kau ada rumah sendiri, bela la banyak mana pun '. Haha, kerek jeee! Sebab aku ni, nampak je stray cats, nak ambil je! Hi hi hi;P
Aku ni tak kisah pun jenis² kucing. Ada orang, persian je dia nak. Kucing kampung, tak nak. Aku? Aku tak kisah. Campak la apa² jenis kat aku pun, berkurap tak berkurap, aku still layan macam biasa:') Sebab aku memang suka kan binatang. Semua jenis:) Hahaha. Babi pun. :PP

Okay la, ni gambar² kucing aku.
*I took all the pictures by myself.


Ni adiee;)
Dia ni aku jumpa kat pasu bunga rumah aku. Dia tidur dalam tu. Time tu dia kecik lagi. Hehe, cute. Aku nak keluar, nampak dia. COMEL OKAY? Aku bagitahu mak aku, dia kata ambil la dulu, tapi nanti bagi orang(hehe, da banyak kali macam tu, tapi last² melekat juga:P)
Aku bela dia since aku form5. Sehari sebelum harijadi aku, so aku ibarat kan dia ni ' hadiah ' untuk aku:) And lagipun, time tu, kucing yang aku lama gila bela, dari aku umur 6tahun, diambang maut:( dia sakit tua. Bayangkan, aku bela dia dari umur aku 6 tahun, dia mati time aku 17tahun. Dia mati time 1st day of raya:(. Aku bangun² je tengok dia da keras. Adiee duduk tepi dia, pandang je. Macam sedih juga. Pagi tu juga aku menangis macam orang gila. Aku tanam dia belakang rumah aku:( Haih, tapi tak apa lah. Time tu adiee ada. Warna pun hampir sama. Ada la juga teman.



Bby blindy:)
Mesti korang pelik kan kenapa aku nama kan dia blindy? Ada kisah disebaliknya;|
Aku ni boleh la juga dikenali sebagai ibu kucing kat rumah aku tu.
Ada je kucing, aku bagi makan. Tak pun, budak² tu mesti panggil aku kalau ada jumpa kittens or kucing sakit.
So kucing ni budak² yang jumpa, diorang ketuk rumah aku, dia cakap kucing ni sakit.
Time tu dia ni kecil je. Anak kucing la kiranya. Then aku cam kesian gila, aku bagitahu mak aku,
tapi mak aku kata jangan bela:( then aku cakap kat budak² tu, bela la dulu.
Then budak² tu blah. Lepas 30mins, aku bukak pintu, nak turun, then tengok² budak tu biar kan dia kat depan rumah aku. Hish! x| then mata dia time tu, MERAAAAH! Dua² belah, kesian gila okay:( Aku gerak kan jari depan mata dia, tak ada respond:( Dia tak nampak. Kesian gila. Aku menangis tengok dia dalam sangkar. So aku bawa dia ke vet. Doctor cakap 50-50. Antara buta atau tidak. Tapi ni boleh consider as buta juga la. Tapi doctor bagi ubat mata, dia kata if aku letak ni kat mata dia, kalau tak sembuh², dia memang buta. Aku menangis lagi. Haih, aku memang sayangkan binatang. Semut pun aku tak sanggup nak bunuh. Aku tak give up, aku letak ubat kat mata dia everyday. Lama² merah dia makin pudar. Wahh, aku gembira! Da bertambah okay. Now mata dia ada macam selaput. Kalau aku baling kertas, agak lambat la dia nak respond, sebab mata dia tak macam mata kucing lain. Dia ada selaput, so dia tak dapat catch things cepat. Dia agak slow, tapi da boleh nampak. Kira okay la kan berbanding buta?:') That's why aku nama kan dia bby blindy:)
//Walaupun dia dah besar, nama Bby tu still melekat:D Sometimes aku panggil dia bby je:) Haha.




This is Bobo:)
Aku baru je jumpa dia ni. Bulan ni la. Awal bulan tak silap aku. Time tu aku dinner dekat Great eastern mall. Kakak aku nak kenalkan boyfriend baru dia kat parents aku. So da makan², nak balik. Aku agak disappointed la sebab petshop da tutup. Sebab time datang tadi, aku da cakap aku nak pergi petshop ni nanti(memang kalau ada je, aku mesti nak singgah) tapi time balik tu da tutup:(
Lepas tu, dekat parking lot, mak aku panggil aku, then dia tunjuk kucing ni. Ya allah, kesian gila okay? Bodoh ke bengap tuan dia ni? Letak kucing dekat parking lot yang penuh dengan kereta je? Kau fikir dia nak makan apa? Tayar? Kalau nak buang pun, buang la kat kedai makan. Haih, kesian. Mak aku, kakak aku semua suruh aku bawa balik. So aku pun bawa laa:) Mak aku kata ambil dulu, lepas tu bagi orang ( See! Aku da cakap da, selalu ayat tu yang keluar, tapi lama² melekat juga:PP ) Kakak aku nak nama kan dia G.e sebab jumpa kat great eastern, haha. Tapi aku kata tak comel. So aku nama kan Bobo:) Semua kucing aku, aku yang nama kan:D


So ini la kucing aku:D Nanti aku letak lagi gambar² diorang:) Banyak dekat pc rumah la. Ni kat office, hehe.
So kittun, one day saya nak jadi macam awak! Bela banyak kucing:D Suka suka suka!

Da besar nanti aku nak buka mini zoo aku sendiri, petshop aku sendiri(stray animals semua aku ambil nanti), and hospital for animals, aku sendiri. Wakakakka;P Kena kaya niiiihh!
:))♥




 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space