Saturday, January 26, 2013

546; Muhammad.







Entri panjang. Mekaseh.


P/s: Blog aku kini sudah dibuka untuk anon-anon untuk mengomen entri2 aku.
 Jangan segan silu. Tinggalkan jejak anda :)



Bismillahirahmaniraheem. Semoga entri ini tidak membuka aib-aib sesiapa tanpa sedarku. Amin.









*Sila click untuk tumbesaran gambar seperti tumbesaran tulang anda apabila anda minum susu*





Assalamualaikum semua orang. Selamat hari sabtu! 


Subhan'Allah, tengok la manusia-manusia yang bagi comment-comment atas tu. Terharu hati ni. Semalam aku tidur macam tersenyum sikit lah. Sebab semalam aku dapat begitu banyak doa-doa orang yang mendoakan hubungan aku dengan Mr.X-Man supaya berkekalan hingga ke Jannah Allah. Amin amin amin. You guys didn't know how much it means to me :')


Harini rasanya nak bercerita tentang Mr.X-Man. Tapi macam cuak-cuak sikit la heheheheh. Tapi rasanya tak salah kalau niat aku nak bagitahu kat orang ramai tentang benda yang baik kan? Semoga ramai orang rajin la kan nak baca entri panjang sebegini. Aku menaip ni pun letih rasa, wkwkwkwkwkkw :D



Bagaimana kami boleh berjumpa?


Senang cerita, semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Aku tak pernah sedar akan kewujudan dia sehinggalah Allah membuka mata hati aku untuk melihat dia dengan menggunakan hati dan bukanlah mata. Jujur aku katakan, memang aku tak pernah terfikir untuk menyelitkan sedikit harapan bersertakan doa untuk menjadikan dia sebagai bakal Imam untuk solat ku - Pendek kan ayat, yang halal buatku. Tapi apakah daya, Allah itu Maha Mengetahui segalanya :')


Akhirnya tanpa memberi apa-apa kata putus pada masing-masing, kami berdua sedar akan hadirnya rasa sayang pada satu sama lain. Kami ni takdalah macam couple-couple yang lain, yang ada kata-kata romantik pada satu sama lain; "I suka you, boleh jadi GF I?" "You are the queen of my heart" etc etc. Aku dan Mr.X-Man dengan bantuan Allah, terus terbuka hati masing-masing untuk menerima kekurangan dan kelebihan sesama sendiri.


Bersyukur sebenarnya aku ni dapat mengenali Mr.X-Man walaupun sebagai seorang kawan yang sangat rapat di dalam hati aku ni. Dan Alhamdulillah, ramai yang turut senang dengan hubungan kami berdua. Aku yakin, bfs aku 4 orang itu pasti turut bahagia melihat perubahan aku sedikit demi sedikit selepas aku mengenali Mr.X-Man ni.



"Kenapa Mr.X-Man? Kenapa tak bagitahu nama dia sebenar?"


Sering kali aku ditujukan soalan sebegini. Bukan aku tak sudi untuk bagitahu pada kawan-kawan ataupun pada pembaca-pembaca blog aku ni. Cuma aku rasa selagi dia belum menjadi yang halal buat aku, aku tak akan reveal siapa dia. Biarlah dia jadi misteri buat pembaca-pembaca aku semua. Kerana aku sudah belajar dari kesilapan masa lalu.


Dulu tanpa segan silu, satu dunia aku mahu memberitahu tentang hubungan cinta aku dengan si dia. Tanpa aku sedari, apa yang aku lakukan itu telah banyak membuat Allah murka dengan hambaNYA ini. Dan tanpa aku sedari juga, banyak fitnah-fitnah yang datang menyinggap di dalam hidup aku ini. Aku begitu seronok memaparkan gambar berpelukan kami, berpegangan dan gambar-gambar yang tidak manis di khalayak orang ramai. Sehinggalah Allah tarik semuanya dari aku.



Dulu aku sering bertanya, apa salah aku? Mengapa Allah tarik nikmatNya dari aku? Bila lama-lama baru aku sedar, "Mengapa Allah mahu terus-menerus memberi nikmatNya pada aku jika aku kerap melanggar perintahNya?" - terselit rapi dalam hati aku kini.


Bagaimana sesuatu hubungan itu akan berkekalan jika kita sering melakukan larangan Allah? Memegang tangan yang masih belum halal. Apa engkau fikir Allah akan makbulkan doa-doa kau kalau kau tidak pernah endahkan perintahNya? 

- Aku sering tanya diri aku sendiri soalan ini. Mungkin kenangan lama itu tidak berpanjangan kerana aku tersesat daripada jalan yang sebenar. Dan kerana Allah sayang kan aku, dia tarik rasa sayang itu dari hati ini supaya aku dapat membuka mata dan berpatah balik ke jalan yang betul.



Bersangka baik pada Allah itu indah. Lihat sahaja pada aku. Kini aku ditemukan dengan Mr.X-Man, syukur :')





BERKASIH SAYANG TANPA BERSENTUHAN ITU INDAH.


Alhamdulillah. Memang betul apa orang kata. Tidak bersentuhan sesama lelaki perempuan ketika hati masing-masing terselit doa untuk bersama hingga ke Syurga Allah itu memang sangat indah. Jujur aku katakan, dulu aku sering menyentuh lelaki-lelaki yang masih haram buatku. Aku fikir, apa salahnya kan kalau dah kawan rapat? Tapi disitu lah salah aku. Silap aku ikutkan sangat cara orang barat.


Tapi sekarang ni, memang aku baru tahu erti indahnya mengikut cara yang betul dalam Islam. Tidak bersentuhan , namun hanya bersentuhan melalui doa-doa kami sesama sendiri. Adik-adik, betul ni. Akak tak tipu. Berkasih sayang dengan seorang lelaki yang tiada ikatan sah tanpa bersentuhan itu memang sangat-sangat indah. Percayalah. Akak tengah hadapinya sekarang :')


Bukan nak bilang kami ini yang terbaik di mata Allah. Astaghfirullahalazim, memang sikit pun tak. Tapi kami cuba untuk berusaha memperbaiki diri masing-masing. Kami juga tak lari dari dosa. Masing-masing masih banyak 'hutang' pada Allah. InsyaAllah, sikit-sikit nanti langsai lah. Harapnya sempat :)




Dia ni romantik ke?


Haha. Jujur aku cakap. TAK! Kikikikiki. Kalau tengok dengan mata, memang dia bukanlah lelaki pilihan gadis-gadis di malaya ni. Dia ni agak macam kaku sikit lah. Aku pulak jenis yang geram kalau orang jenis kaku-kaku ni. 


Tapi nak dijadikan cerita, Allah bagi aku lihat dia menggunakan mata hati dan bukanlah dua biji mata aku ni. Walaupun dia tidak romantik, tapi dia berusaha untuk membimbing aku ke jalan Allah. Buat apa kita nak lelaki yang romantik tapi menarik kita ke pintu Neraka? Kan lebih elok kalau kita bersama dengan lelaki yang berusaha memasukkan kita ke Syurga Allah? :)


Mana la tahu kan, lepas dah kahwin nanti, tengok-tengok Mr.X-Man ni romantik orangnya? Eceywah! Itu kena tunggu lepas kahwin la kan. Kalau ada jodoh :) *Gatai naa hang cikin!*



Apa yang buat aku pilih Mr.X-Man?


Aku rasa sebab dia sendiri tak sedar yang dia tu sebenarnya ada sifat pembimbing yang memang sepatutnya ada pada seorang lelaki. Susah sebenarnya nak jumpa lelaki yang boleh bimbing kita. Sedikit sebanyak perubahan yang ada pada diri aku ni adalah disebabkan kehadiran dia dalam hidup aku. Dia bukanlah cakap kat aku "Berubah lah, I tak suka lah macamni". Tapi dia bagi aku kata-kata yang boleh buat kepala aku sendiri berfikir mana yang baik, mana yang buruk.


Aku berubah bukan kerana dia, tapi kerana Allah. Allah hanya sampaikan dia di dalam hidup aku untuk memberi aku sedikit cahaya untuk menjadi yang lebih baik dari apa yang aku pernah jadi dulu. Dan aku bersyukur untuk itu.


Mata aku berair masa dia bagitahu aku tentang dia terpaksa merotan adiknya yang tidak solat Asar. Rasa bersalah sangat pada adik dia, sebab itu dia mintak nasihat dari aku. Adakah benda itu betul ataupun dia terlalu ikutkan hati dia. Kat situ aku dah nampak betapa bertanggungjawabnya dia sebagai seorang abang ketika mak nya tiada di rumah.


Tapi aku tahu, dia rotan adik dia sebab dia sayangkan adik-adik dia. Dia tanak tengok adik dia sesat dan masuk ke Neraka. Dia berusaha untuk memasukkan adik-adik dia ke dalam Syurga. Alangkah baiknya jika ramai lagi lelaki seperti ini kan?


Dan .. hanya melihat cara dia melayan mak nya sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku berasa selamat jika dia menjadi bakal suami aku :')


Korang ni bercinta ke?



Nak kata ya, tak jugak. Nak kata tak, tak jugak. Senang cerita, kami selesa berkawan dahulu dan bercinta selepas kahwin. Tapi dalam masa yang sama ketika kami berkawan ini, hati kami melekat pada satu sama lain. Kami cuma mahukan hubungan kami ini menjadi hingga ke alam perkahwinan, alam yang diredhai oleh Allah swt.


Kami pernah dulu cuba untuk bercinta, tapi tidak berapa nak menjadi. Sering kali dugaan Allah itu menyedarkan kami tentang sesuatu hubungan yang dimurkai oleh Allah itu tidak akan di restu olehNya walaupun kita mencuba sedaya upaya. Jadi kami kekalkan berkawan, dan mohon pada Allah untuk menguatkan lagi jodoh kami berdua. 


Alhamdulillah, bila kami pilih jalan Allah ini, kami jauh lebih bahagia. Walaupun jarang berkomunikasi, tidak bersentuhan, tapi rasa sayang itu lagi kukuh di hati kami berdua ini. Alhamdulillah. Sebab itu lah kalau boleh aku nak sarankan semua orang supaya mengikut cara yang betul dalam berkawan dengan seseorang itu. Ikut jalan Allah, anda pasti akan bahagia :')



Sedikit sebanyak hadirnya dia dalam hidup aku mengajar aku untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah, kalau jodoh kami panjang, kami akan bersama hingga ke hujung nyawa. Tapi siapa lah kita untuk menentukan segala-galanya? Jika Allah kata kami bukanlah jodoh masing-masing, terpisah juga akhirnya. Namun doa aku agar dia yang satu, sentiasa tersemat di bibir :)


Entri ini bukanlah untuk memberitahu satu dunia yang aku sedang menyayangi seseorang. Tapi entri ini untuk memberitahu pada orang ramai yang tidak bersentuhan tapi tetap bersama itu indah. Bahawa orang yang mengubah kita ke arah yang baik itu adalah seperti mutiara yang usah untuk dicari. Tapi kalau dah jumpa itu, bersyukurlah kamu :)
 


First time rasanya buat entri dari A-Z pasal Mr.X-Man. Nervous lah pulak. Apa yang buruk datang dari aku. Apa yang baik datang dari Allah. Semoga entri ini dapat mengubah cara pandangan anda tentang berkasih sayang mengikut hukum di dalam Islam :)

Nama yang diberi bermula dengan Muhammad. Semoga dia mengikuti jejak-jejak seperti Nabi Muhammad saw. Amin.



* Terima kasih pada yang mendoakan jodoh kami berpanjangan. Jika takdir Allah dia yang terbaik buat aku, Alhamdulillah. Jika takdir Allah menidakkan hajat aku, maka dia lah yang perkara terindah yang pernah hadir dalam hidup aku :)


Monday, January 14, 2013

Dugaan Setiap Manusia Itu Berbeza.






Assalamualaikum :)





 




Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.


 

Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, segembira mana pun dia, walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya. Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.


Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Makanya, bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, hanya kamu yang melalui, dan hanya kamu yang mengerti; Kamu silap, dan kamu salah. 


Ada orang lain yang pernah melaluinya, bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. 


Ada.

 

Cuma mungkin kamu yang tak pernah tahu dan kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah, yang paling sakit diuji, dan yang paling berat diduga. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
 


Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk lah hatimu. Kesatlah air mata mu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersiakan harapan kamu. 


Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu. Sesungguhnya, DIA lah satu-satunya Tuhan kita :)


Sering kali orang bertanya pada aku, kenapa aku selalu kelihatan gembira sahaja. Tapi apa yang mereka tidak tahu, aku sebenarnya ada ketikanya aku teramatlah sedih. Tapi buat apa ingin diberitahu pada satu dunia? Yang perlu tahu biarlah hanya DIA.


Bukan nak kata aku sentiasa sedih. Tidak. Ada masanya aku bahagia. Terlalu bahagia sehinggakan aku takut untuk menerima hakikat bahawa aku sedang bahagia. Kerana kita semua sedar akan sakitnya apabila seketika kita terlalu bahagia, dan seketika lagi kita teramatlah sedih.


Cerita sedih biarlah kita simpan sorang-sorang. Semoga sahaja Allah dapat gantikan dengan lebih baik. Jangan pernah salah anggap dengan senyuman di bibir seseorang itu. Mungkin sahaja cerita mereka lebih menyayat hati dari kamu. Tapi cuma bezanya kamu dan dia ialah, dia memilih untuk kelihatan kuat :)  




"Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat. Kita cuma memilih untuk tidak terlihat lemah dimata manusia. Sedang dihadapan Tuhan, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu. Dengan linangan air mata, dan rintihan tanpa suara. Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui, maka mereka akan tertanya-tanya.


Bagaimana kita mampu untuk menghadapinya. Bagaimana kita mampu untuk terus kekal bersabar. Dan bagaimana kita mampu untuk terus mengukir senyuman di bibir kita. Dan mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini. Lalu mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki."



Allah memberikan aku kekuatan. Biar bibir sentiasa tersenyum, biar suara sentiasa ceria. Walhal hati aku, hanya Dia yang tahu. Jatuh kerana manusia, bangkit kerana DIA! :)


Jangan sedih wahai sayang. InsyaAllah jalan kita pasti akan bahagia. Keringkan air mata dan mari lah dongak ke atas. Pilih lah untuk menjadi kuat!


Lagi satu, aku nak beri nasihat. Kalau nakkan satu perkara itu, mohon jangan hanya tahu untuk berdoa sahaja. Meskipun itu adalah senjata orang Islam, namun kita perlulah bersungguh-sungguh dapatkannya. Allah sudah bilang "Nasib seseorang itu tidak akan berubah selagi dia sendiri tidak mengubahkannya". Jadi jangan tahu berdoa sahaja. Usaha itu perlu ada.


Jangan tinggalkan semuanya kepada Allah. Kita perlu berdoa, usaha dan baru lah biarkan selebihnya Allah yang ambil alih. Sesungguhnya, berusaha di mata Allah itu kan bagus :) 


Sebelum saya mengakhiri entri ini, mohhhh kita gelak ketawa melihat gelagat si comel-comel di bawah ini.










 




 



 



 



 










 

  

 
Hahahahahhaa I cannot stop laughing. They are sooooo cuteeeeeeeeeee! MasyaAllah!!!! :'D 


Hehehehe okay babai bubuii bebeiii. Assalamualaikum.




* Tabah lah wahai sayang. Allah kan ada :) 


Sunday, January 13, 2013

Aku Yang Dulu; Aku Yang Kini. Hanya Untuk DIA.






Assalamualaikum.


Seperti yang dijanjikan, entry baru ini haruslah bahagia kan? Kalau aku tak hapdet yang bahagia-bahagia, confirm mamat bawah ni membebel kat Twitter aku nanti. 








Tudiaaa. Kau hado pengkritik yang laju je dok tengok kau hapdet apa kat kau punya blog? Kalau kau tulis kat situ "Next entry pasti bahagia", pastikan memang betul-betul bahagia. Kalau tak bahagia, jangan hapdet. Bahaya. Nanti ada orang yang tweet kau seperti mamat ini. Penuh mention aku dengan nama dia sahaja kahkhakah *Tudungflips* :P


Phew. Hari ahad patutnya aku tak buat apa-apa, termasuklah hapdet kat blog aku ni. Tapi disebabkan ramai dah mention aku tanya mana entry baru seperti dijanjikan, makanya aku terpaksa lah mengangkat tangan dan jari-jari montok aku ini untuk menaip di laptop hitam legam aku ni.


Ehem. Ekskiuzz meee, ini entry bahagia okay. Kalau tak bahagia jugak, tak dapak la aku nak buat apa-apa. Asalkan entry baru dah hapdet, makanya aku boleh lah bergembira. Tunggu lagi sebulan, baru aku akan hapdet entry seterusnya huehuehue. 





* I knewwwww yooouuu weeerrreeeee trooouubbblllleeeeeee *
Sakit tekak jerit. Ehem, maaf.



Jadi. Hari ini. 
Aku ingin. 
Update. 
Tentang. 
Masa. 




Silam aku.



*Kata-kata baku mode ON"


Seperti orang lain. Aku ada zaman silam aku. Di mana dosa-dosa memang penuh menunggu untuk ditulis di cacatan harian aku oleh Para Malaikat. Dosa-dosa kering yang aku sendiri tak sedar yang aku melakukannya. Mungkin sedar, tapi buat-buat tak faham. Atau mungkin juga aku tidak tahu dan tidak pernah ingin tahu.


Kira-kira setahun yang lalu, sebelum aku benar-benar faham tentang erti menutup aurat mengikut cara yang betul, aku lalai. Aku seperti kebanyakkan perempuan-perempuan di muka bumi ini. Aku pakai tudung, tetapi aku tidak menutup aurat. Faham maksud aku?


Aku pakai tudung, namum aku pakai baju yang mengikut bentuk badan aku. Aku pakai tudung, namun aku pkai leggings. Aku pakai tudung, namun aku pakai baju yang mendedahkan aurat tanganku. Aku pakai tudung, namun aku tidak 'bertudungkan' hati aku.


Aku pakai tudung dengan syarat, rambut aku disorokkan dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi. Tapi aku tak menitikberatkan tentang isu lain. Seperti aurat tangan ku, aurat bentuk badan ku di depan mereka. Aku terlalu 'ikutkan' arahan syaitan yang licik. Yang dapat melalaikan aku tentang perkara lain kecuali rambut aku.


Syaitan memang licik. Mereka pandai berkata-kata. Mereka mampu memberi janji manis kepada kita, walaupun Allah sudah mengingatkan kita tentang musuh utama kita ini. Namun kita masih mengikariNYA. Kita masih lagi mengikuti arahan Syaitan Jahanam ini. Dan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam kita abaikan.


Aku dulu pernah memakai selendang sahaja. Bukan tudung yang berlitup. Tapi hanya selendang sahaja. Dulu aku jahil. Aku rasa aku kelihatan cantik bila memakan selendang itu. Bila aku keluar, banyak mata yang memandang aku. Walaupun niat aku bukan untuk kelihatan cantik di hadapan orang lain, tapi buat pertama kalinya, aku rasa diri aku cantik ketika aku memakai selendang yang menampakkan aurat leher ku itu.


Sering kali angin menolak selendang ku sehinggakan kadang-kadang ia menampakkan bentuk telinga ku. Anak tudung sudah lama aku tidak sentuh. Aku hanya sarungkan sahaja selendang itu dan aku keluar. Bentuk rambut ku boleh dilihat. Aku pergi kemana-mana, mata pasti memandang. Syaitan bisik pada telinga ku "Mereka memuji kecantikkan mu". Aku terus lalai.


Tapi apa yang aku tidak nampak, banyak mata yang mengkeji aku. Aku memakai sesuatu yang memang tidak pernah cantik di mata Allah. Aku membuka aibku sendiri di depan khalayak orang ramai. Tanpa aku sedari, buku dosa ku semakin lama semakin menebal dari hari ke hari.


Aku jumpa Mr-X.Man ketika aku memakai tudung biasa sahaja. Bawal berwarna hitam. Dia masih ada ketika aku berubah cara pemakaian yang tidak lsg menutup aurat ku. Selendang, baju mengikut bentuk badan dan leggings. Ketika itu dia masih melihat aku tanpa sedikit pun menghina tentang pemakaian aku. Dia hanya menoleh untuk memandang tempat lain.


Dan benda pertama yang dia berkata pada aku ketika aku keluar sebegitu ialah "Menutup aurat tu kan lawa :)". Aku terdiam. Dia hanya mampu tersenyum, Lalu dia menoleh lagi ke tempat lain. Aku habiskan masa dengan memikirkan tentang perkara yang dia sebutkan.


Lalu makin lama, Mr-X.Man banyak memberi aku nasihat seperti "Leggings itu bukan seluar. Ia membalut aurat, bukan menutup aurat". Leggings aku dah setahun lebih aku tidak sentuh. Entah kemana ia hilang di dalam almari aku yang berselerak itu. Setiap kali aku keluar dan aku ternampak perempuan bertudung memakai leggings, sayu hati aku. Suatu ketika dahulu, aku pernah membuat dosa kering itu. Dan kini aku taubat.


Aku banyakkan diri aku mendengar kuliah-kuliah agama, terutamanya kuliah Ustaz Azhar Idrus. Ketika aku memakai selendang itu, Mr.X-Man banyak menasihati aku supaya aku mendengar kuliah-kuliah agama UAI. UAI ketika itu masih tidak lagi dikenali orang ramai. Mr.X-Man kata, itu Ustaz kegemaran dia. Susah aku nak faham lorat Ganu ketika itu, jadi aku banyak tanya kepada dia apa maksud itu dan ini.


Alhamdulillah, perlahan-lahan aku berubah. Bukan atas desakan, tapi atas Rahmat dan Kasih Sayang Allah yang dicurahkan kepada aku untuk bertaubat sebelum terlambat.



 



Aku banyak membeli seluar-seluar yang besar seperti Palazzo. Yang tidak mengikut bentuk kaki. Dan aku banyak memborong tudung-tudung yang besar. Yang boleh menutup auratku dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi. Dan aku banyak membeli cardigan yang besar-besar serta baju yang tidak mengikut badan.


Permulaan aku memakai tudung labuh ini, perhatian yang sering kali aku dapat ketika aku memakai selendang, tidak lagi aku dapat. Namun aku sedar, bukan pandangan manusia yang kita perlu kejar. Yang kita perlu dapatkan adalah pandangan suci dari Allah S.W.T . Jika DIA suka, aman damai lah hidup kita di akhirat kelak, insyaAllah.


Bayangkan, aku pernah jumpa mak Mr.X-Man ketika aku memakai hanyalah sehelai selendang yang menampakkan aurat leher aku. Namun sedikit pun mak dia tidak memandang keji kepada ku. Dengan sendirinya aku merasa malu yang teramat dengan diri aku sendiri. Orang yang sepatutnya ada hak untuk menghina aku, tidak lsg berbuat demikian. Lalai teruk dah aku ketika itu.


Dan lagi satu masalah aku ialah, aku lebih rapat dengan lelaki daripada perempuan. Sebab perempuan kebanyakkannya fake dan mereka memang tidak pernah boleh dipercayai. Jadi kerana itu aku lebih rapat dengan lelaki. Tiada salahnya seorang perempuan itu rapat dengan lelaki. Tapi yang salahnya aku disitu adalah gaulan bebas aku. 


Bercakap sambil menyentuh kulit mereka. Kami pegang tangan/muka masing-masing tanpa rasa segan silu pun. Aku selalu kalau jumpa mereka, akan hulurkan tangan aku untuk salam. Sebab dan terlalu rapat. Jadi tiada batas aku dalam berkawan. Kat situ pun aku dah salah.


Pakai tudung, tapi tangan bebas memegang tangan-tangan lelaki ajnabi. Yang belum lagi halal buatku. Hubungan yang dah seperti adik beradik itu membuatkan aku lalai tentang isu haram dan halal. Jujur aku kata, susah untuk aku buangkan semua itu. Sebab kami dah terbiasa.


Tapi Mr-X.Man; dia jaga aku. Kadang-kadang kalau tangan kami tersentuh secara tidak sengaja, dia akan cepat-cepat tarik tangan dia sambil buat muka macam "Eh sorry sangat". Serta merta dia membuat aku rasa seperti aku selamat bila aku bersama dengan dia. Dia menjaga dosa kami berdua. Katanya, bila dah jadi halal nanti baru bahagia. Semua pun dapat pahala.


Dan dia juga selalu buat aku fikir balik kalau aku nak lepak ramai-ramai dengan lelaki. Bukan sebab dia tidak bagi, cuma dia takut kalau aku akan kembali kepada pergaulan tanpa bebas seperti dahulu. Pegang sana sini. Tapi Alhamdulillah, aku kini tahu batas-batas aku.


Apa gunanya kita memakai tudung, menutup aurat dari hujung kaki ke hujung rambut tapi pergaulan kita tidak terjaga? Pegang sana sini. Dosa lebih berat dari pahala. 


Alhamdulillah, sikit-sikit aku dah berubah dari zaman silam aku. Kini aku makin ke arah jalan Allah yang lebih diredhaiNYA. Bercakap seperti biasa, tetapi tangan kekal diam di tubuh sendiri. Tidak pegang lelaki-lelaki ajnabi. Banyakkan memberi salam kepadal kawan-kawan seagama. Dan banyak mendengar zikir. 
 

Namun ini bukan bereti aku lebih baik dan hebat dari kalian semua. Aku masih lagi seorang manusia yang dadanya penuh dengan dosa-dosa kecil dan besar. Mohon jangan pandang tinggi kepada aku. Kerana semua aibku Allah telah menyoroknya daripada pandangan kalian semua. Percayalah, aku tidak sebaik yang kamu sangkakan, tapi aku akan berusaha untuk menjadi seperti itu suatu hari nanti. InsyaAllah.
 

Aku dan Mr-X.Man tidak bersentuhan. InsyaAllah aku akan menunggu masa itu di mana suatu hari nanti bila satu Masjid itu akan dipenuhi dengan suara-suara bergema yang berkata "Sah sah". Malu-malu di hari penikahan itu lah yang lebih manis daripada tidak merasa malu memegang tangan lelaki yang masih haram buat kita dikhalayak orang ramai.


Dulu aku begitu. Memegang memeluk lelaki ajnabi di hadapan orang ramai tanpa segan silu. Namun itu dulu. Kini aku tidak lagi seperti itu. Aku sudah berubah. Dan aku lebih bersyukur untuk menjadi seperti ini daripada dahulu.


Mungkin aku hina dahulu. Lakukan dosa besar setiap hari, tapi Allah beri aku HidayahNya dan peluang untuk bertaubat. Keras sangat kah hati aku ini untuk tidak menerimanya? Subhan'Allah, aku bersyukur sangat :')


"Lelaki - kalau diorang nampak aurat wanita walaupun sedikit sahaja pun, mereka dah suka. Sebab memang lumrah lelaki suka memandang aurat perempuan. Kalau you pakai jubah dan you terselak sedikit kain kat kaki you tu sampai ternampak sebahagian aurat kaki you tu walaupun sedikit sahaja, lelaki still akan pandang dan terpegun. 

Sebab lelaki memang suka melihat aurat perempuan. Perempuan itu Allah ciptakan dengan cantik sekali. Sebab itu wanita itu berharga. Jadi sebab itu you kena jaga aurat you. Lagi you sorok, lagi ramai lelaki yang ternanti-nanti untuk melihatnya. Tapi dalam banyak-banyak lelaki tu, sorang je yang bertuah. Iaitu suami you." - Sebahagian kata-kata dari Mr.X-Man yang aku gabungkan. Alhamdulillah :'D





Eh?
Maaf lah, menyebok je kan hapdet gambar sendiri.
Kehkehkeh. Publisiti betul.





"Semoga perubahan kita ini akan menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat. InsyaAllah, kita akan bahagia sehingga nyawa putus dari badan :)" - 546.


Nak berubah itu sesuatu yang susah. Ramai manusia yang akan meninggalkan kita. Tapi tak apa. Kita masih ada Allah. Dan hanya kawan yang benar sahaja yang akan kekal berdiri di tepi kita ketika kita berubah kearah jalanNYA.


Semoga entri ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Aurat itu penting untuk wanita. Assalamualaikum :)


Sekarang blog aku sudah 'dibuka' untuk sesiapa pun komen kat entry aku. Jangan segan silu ye :B




* Entry ni bahagia kan? Mesti lah bahagia, ianya kejalan Allah yang diredhai :)



"Tadi I ternampak perempuan pakai purdah, terus I terfikir pasal you. Kalau lah you pakai purdah kan, mesti .. Subhan'Allah :')" - Mr.X-Man. 

InsyaAllah. Niat di hati memang sudah ada. Mohon doakan aku supaya ianya menjadi realiti suatu hari nanti. Amin :)

  

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space